Penerimaan guru-guru bahasa Arab terhadap PdPc bahasa Arab secara maya: Kajian di sekolah menengah kebangsaan di negeri Kelantan / Siti Norhidayah Mahd Nayai

Siti Norhidayah , Mahd Nayai (2023) Penerimaan guru-guru bahasa Arab terhadap PdPc bahasa Arab secara maya: Kajian di sekolah menengah kebangsaan di negeri Kelantan / Siti Norhidayah Mahd Nayai. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (201Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A)
    Download (1509Kb)

      Abstract

      Isu yang berlaku adalah pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab yang dijalankan secara maya sewaktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilihat kurang berkesan dan tidak begitu memuaskan disebabkan oleh pelbagai masalah dan kekangan yang dihadapi oleh murid yang menghalang mereka dari mengikuti pembelajaran secara maya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan guru bahasa Arab sekolah menengah kebangsaan di Kelantan terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab secara maya, melihat perbezaan penerimaan guru bahasa Arab sekolah menengah kebangsaan di Kelantan terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab secara maya antara guru yang mengajar di bandar dengan luar bandar dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab secara maya. Kajian yang dijalankan ini penting untuk melihat sejauh mana tahap penerimaan guru terhadap pembelajaran bahasa Arab secara maya. Selain itu, suasana arus teknlogi pada masa kini yang sedang membangun berkemungkinan menjadikan pembelajaran secara maya tidak hanya digunakan sewaktu kecemasan sahaja. Menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan secara maya juga menjadikan mayarakat lebih bersedia untuk menjalankan kelas secara maya sekiranya terdapat apa-apa kemungkinan yang memerlukan pembelajaran dan pemudahcaraan dijalankan secara maya. Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga boleh menghalusi setiap faktor yang menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan pemudahcaraan secara maya bagi mencapai target Kementerian Pendidikan Malaysia yang diterjemahkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk soal selidik yang terdiri daripada 53 item soalan dan menggunakan skala Likert yang ditadbirkan kepada sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru bahasa Arab sekolah menengah kebangsaan di seluruh negeri Kelantan. Dapatan kajian dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Hasil analisis menunjukkan penerimaan guru bahasa Arab sekolah menengah kebangsaan di Kelantan terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab secara maya berada pada tahap sederhana tinggi. Secara keseluruhannya tiada perbezaan penerimaan terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan bahasa Arab secara maya antara guru bahasa Arab sekolah menengah kebangsaan di Kelantan yang mengajar di bandar dengan luar bandar. Hasil analisis faktor pula menunjukkan 4 faktor yang terbentuk iaitu faktor sokongan teknikal, gaya pengajaran guru dan kesediaan pelajar, faktor sokongan pentadbiran, faktor sokongan sosial dan faktor kandungan mata pelajaran. Hasil analisis deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai menunjukkan faktor sokongan teknikal, gaya pengajaran guru dan kesediaan pelajar merupakan faktor utama dalam mempengaruhi keberkesanan pembelajaran bahasa Arab secara maya diikuti oleh faktor sokongan sosial, faktor sokongan pentadbiran dan faktor terakhir yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dan pemudahcaraan adalah faktor kandungan mata pelajaran. Kata kunci: Penerimaan guru bahasa Arab; Pembelajaran dan pemudahcaraan secara maya; Faktor yang mempengaruhi

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Penerimaan guru Bahasa Arab; PdPc; Atas talian; Pembelajaran maya; Teknologi; Pemudahcaraan
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic Education Program
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 08 Feb 2024 07:27
      Last Modified: 08 Feb 2024 07:27
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14765

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item