Komponen ibadah dalam Pendidikan Islam kurikulum bersepadu sekolah menengah: Strategi pembelajaran dan pemudahcaraan di Kuching, Sarawak / Rozey @ Roziana Zamli

Rozey @ Roziana , Zamli (2018) Komponen ibadah dalam Pendidikan Islam kurikulum bersepadu sekolah menengah: Strategi pembelajaran dan pemudahcaraan di Kuching, Sarawak / Rozey @ Roziana Zamli. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (5Mb)

    Abstract

    Kajian ini mengkaji tentang strategi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) komponen Ibadah di sekolah-sekolah menengah terpilih di Kuching, Sarawak. Terdapat empat objektif utama kajian iaitu untuk mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) ketika mengajar komponen Ibadah, mengenalpasti kaedah yang digunakan ketika mengajar tajuk-tajuk dalam komponen Ibadah, menilai keberkesanan teknik yang digunakan terhadap PdPc komponen Ibadah di dalam kelas dan bentuk cabaran yang dihadapi oleh GPI. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan iaitu kuantitatif dan kualitatif untuk mendapatkan data dengan menggunakan instrumen soal selidik dan menemu bual empat orang informan. Data kuantitatif telah dianalisis menggunakan IBM SPSS versi 20 dan data kualitatif dianalisis secara manual. Secara keseluruhan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa GPI di sekolah-sekolah menengah terpilih di Kuching telah menggunakan kedua-dua pendekatan iaitu pendekatan berpusatkan guru dan pendekatan berpusatkan murid, tetapi mereka lebih cenderung mengaplikasikan pendekatan berpusatkan murid. Seterusnya kaedah PdPc yang popular digunakan untuk mengajar tajuk-tajuk dalam komponen Ibadah ialah penceritaan, tunjuk cara dan latih tubi, manakala kaedah yang kurang digunakan ialah pembelajaran maya Frog VLE. Teknik yang digunakan oleh GPI adalah bersesuaian dan berkesan dengan tahap pencapaian murid. GPI juga telah berdepan dengan beberapa cabaran iaitu isi kandungan komponen Ibadah yang terlalu banyak, peruntukan kewangan yang terhad, kekangan masa, kekurangan kemudahan PdPc, kekurangan bengkel atau kursus yang berkaitan dengan PdPc dan sikap murid. Sebagai kesimpulan dapatan kajian ini, beberapa cadangan lanjutan telah dikemukakan bagi membantu pihak yang terlibat dengan PdPc komponen Ibadah dalam Pendidikan Islam seperti KPM, JPN, pentadbir sekolah dan GPI supaya dapat meningkatkan PdPc komponen Ibadah sekaligus melahirkan murid yang istiqamah dalam penghayatan terhadap Ibadah.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: PdPc; Ibadah; Pentadbir sekolah; Latih tubi; Frog VLE
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 12 Oct 2023 00:33
    Last Modified: 12 Oct 2023 00:33
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14775

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item