Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam

Mohammad Syukor , Mohammad Ghulam (2021) Kajian kuasi-eksperimen terhadap modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam kurikulum Pendidikan Islam tingkatan satu / Mohammad Syukor Mohammad Ghulam. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis PhD)
Download (69Mb)

    Abstract

    Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam dalam sistem Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan pendekatan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan menggabungkan pengetahuan sains tentang kesihatan dan pencegahan penyakit ke dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Islam perlu diintegrasikan dengan ilmu moden seperti Sains supaya kekal relevan. Ini kerana pengintegrasian tersebut dapat menarik minat murid-murid serta menjadikan ilmu yang dipelajari lebih mudah untuk difahami. Hakikatnya, guru Pendidikan Islam bersedia menerima sebarang inovasi bagi meningkatkan tahap pengajaran mereka. Dalam masa yang sama, terdapat banyak amalan ibadah dalam Islam dikaitkan dengan kebaikan dari sudut kesihatan menurut perspektif Sains. Namun, hingga kini belum ada modul Pendidikan Islam yang diintegrasikan dengan Sains Kesihatan. Sehubungan itu, perlu dijalankan satu kajian mengenai pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam. Fokus utama kajian ini ialah membina modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan 1 dan mengkaji keberkesanan penggunaan modul tersebut. Namun, secara terperincinya, terdapat enam objektif yang dirangka dalam kajian ini iaitu (1) membina modul pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam Tingkatan Satu, (2) mengenal pasti min markah ujian pra bagi responden kumpulan Kawalan dan Eksperimen, (3) mengenalpasti min markah ujian pasca bagi responden kumpulan Kawalan dan Eksperimen, (4) menganalisis perbezaan min markah ujian pra antara responden kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen, (5) menganalisis perbezaan min markah ujian Pasca antara responden kumpulan Kawalan dan kumpulan Eksperimen, (6) menganalisis tingkah laku minat belajar dalam kalangan peserta kumpulan Eksperimen ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan. Kajian ini telah menghasilkan sebuah modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu serta telah disahkan benar oleh beberapa orang pakar dalam bidang Sains Perubatan, Pendidikan dan Pengajian Islam. Bagi menguji keberkesanan penggunaan modul tersebut, kajian ini telah menggunakan reka bentuk Kuasi-Eksperimen bagi memperolehi data secara Kuantitatif. Kajian ini melibatkan seramai 50 orang murid yang terdiri daripada dua buah kelas yang dipilih secara persampelan mudah di sebuah sekolah di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar iaitu seramai 25 orang murid dipilih sebagai kumpulan Kawalan dan 25 orang lagi sebagai kumpulan Eksperimen. Sebagai sokongan bagi dapatan analisis keberkesanan, kaedah pemerhatian dilaksanakan bagi mengenalpasti tingkah laku minat belajar dalam kalangan kumpulan Eksperimen dan didapati mereka melakukan beberapa tingkah laku minat belajar iaitu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru, memberikan tindak balas yang positif kepada aktiviti pembelajaran serta melaksanakan tugasan yang diberi dengan sempurna. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu memberi kesan dalam menjadikan murid-murid lebih memahami pembelajaran yang mereka lalui. Perkara ini diharapkan dapat menjadikan murid-murid lebih berminat untuk mengamalkannya seterusnya mengurangkan masalah sosial dan masalah disiplin dalam kalangan mereka. Sehubungan itu, modul Pengintegrasian Sains Kesihatan dalam Pendidikan Islam KSSM Tingkatan Satu perlu diperkenalkan kepada para guru Pendidikan Islam untuk digunakan secara meluas dalam pengajaran mereka.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2021.
    Uncontrolled Keywords: Pendidikan Islam; Pendekatan pengintegrasian; Sains Kesihatan; Pembelajaran konstruktivisme; KBAT
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Islamic Education Program
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 18 Oct 2023 06:31
    Last Modified: 18 Oct 2023 06:31
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14833

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item