Pembangunan video interaktif 360˚ biodiversiti paya bakau bagi murid Tingkatan Empat / Rohaillah Mohd Jabid

Rohaillah , Mohd Jabid (2020) Pembangunan video interaktif 360˚ biodiversiti paya bakau bagi murid Tingkatan Empat / Rohaillah Mohd Jabid. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (191Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (2095Kb)

      Abstract

      Lawatan lapangan merupakan satu kaedah pembelajaran yang mampu meningkatkan pengetahuan murid dan seterusnya menjadi jambatan antara pembelajaran secara formal dan juga pembelajaran tidak formal. Namun, terdapat kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan kaedah pembelajaran lawatan lapangan ini seperti faktor keselamatan, kewangan dan juga masa. Teknologi realiti maya mampu menjadi satu alternatif kepada lawatan lapangan. Kajian ini merupakan kajian yang membangunkan video lawatan lapangan secara maya iaitu Video Interakif 360 darjah Biodiverisiti Paya Bakau (ViBioD) yang dibangun berpandukan Model Reka Bentuk Pembangunan ADDIE. Teori yang mendasari pembangunan ViBioD ini adalah Teori Kognitif Multimedia Mayer (1990) dan Model Penerimaan Teknologi. Pembangunan Video Interaktif ini di mulakan dengan Fasa Analisis dimana keperluan pembanguan video di analisis, diikuti dengan Fasa Reka Bentuk yang membincangkan reka bentuk yang digunakan untuk pembinaan ViBioD ini berserta teori yang mendasarinya. Fasa seterusnya iaitu Fasa Pembangunan yang membincangkan perkakasan teknologi yang digunakan serta langkah-langkah pembinaan ViBioD ini. Fasa Perlaksanaan melihat permasalahan yang timbul dalam pembangunan serta penambahbaikan dilakukan didalam fasa ini sebelum fasa seterusnya. Fasa Penilaian menilai kebolehgunaan ViBioD ini sebagai alternatif bagi kaedah pembelajaran secara lawatan yang melibatkan lima murid tingkatan empat. Kutipan data dijalankan secara temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian mendapati ViBioD boleh di digunakan sebagai satu alternatif bagi kaedah pembelajaran secara lawatan lapangan dan bahan bantu mengajar seperti video interaktif 360° mudah dibangunkan. Implikasi kajian juga turut dibincangkan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Lawatan lapangan; Pembelajaran; Video interaktif 360˚; Teori Kognitif Multimedia Mayer; 3D Vista Tour
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
      T Technology > T Technology (General)
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Mathematics & Science Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 26 Nov 2024 07:26
      Last Modified: 26 Nov 2024 07:26
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15048

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item