Penerapan nilai integriti dalam kalangan murid sekolah menengah melalui mata pelajaran sejarah / Jaya Murugan Chandran

Jaya Murugan , Chandran (2021) Penerapan nilai integriti dalam kalangan murid sekolah menengah melalui mata pelajaran sejarah / Jaya Murugan Chandran. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (142Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (2050Kb)

      Abstract

      Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana penerapan nilai integriti dalam kalangan murid sekolah menengah dilaksanakan melalui pengajaran dan pemudahcaraan mata pelajaran Sejarah. Kajian ini juga berbeza dengan kajian-kajian terdahulu yang lebih berfokus kepada nilai-nilai moral dalam mata-mata pelajaran lain. Kajian ini dijalankan di bandar Seremban dengan melibatkan tiga buah sekolah kluster dan murid-murid tingkatan empat sebagai sampel kajian. Di samping itu, guru-guru yang dipilih sebagai sampel kajian adalah mereka yang mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Sejarah sekurang-kurangnya lapan tahun. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian untuk memperoleh maklumat terperinci tentang perlaksanaan penerapan nilai integriti melalui PdPc mata pelajaran Sejarah. Data kajian diperolehi hasil pencerapan PdPc mata pelajaran Sejarah, temubual dan dokumen SKPMG2 guru-guru Sejarah dan soalan terbuka penilaian murid dirujuk dalam triangulasi dapatan kajian. Dapatan kajian menunjukkan hasil daripada ketiga-tiga kaedah yang digunakan, murid-murid diberi pendedahan kandungan mata pelajaran Sejarah bersama nilai integriti. Ia diterapkan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan mereka di sekolah. Murid-murid didapati mempunyai semangat yang tinggi untuk menyelami topik-topik dalam mata pelajaran Sejarah dengan kaedah yang berbeza. Murid-murid yakin strategi dan kaedah yang pelbagai dapat menarik dan meningkatkan minat mereka dan melahirkan suasana belajar yang dapat menanamkan nilai integriti dalam diri mereka. Kesimpulannya, walaupun guru-guru telah menerapkan nilai integriti, malah beberapa topik mata pelajaran Sejarah masih memerlukan penambahbaikan kandungan dan topik yang melibatkan ciri-ciri semangat cintakan tanahair. Keberhasilan murid yang berkualiti dapat dibentuk dengan penerapan nilai integriti melalui kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Creative Arts, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Integriti; Mata pelajaran sejarah; Cintakan tanahair; Pemikiran positif; Nilai sivik
      Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
      L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Foundations & Humanities
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 04 Dec 2024 07:21
      Last Modified: 04 Dec 2024 07:21
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15052

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item