Kasyaf menurut perspektif Tasawuf: Kajian fenomena di Malaysia / Radzi Kamaludin

Radzi , Kamaludin (2023) Kasyaf menurut perspektif Tasawuf: Kajian fenomena di Malaysia / Radzi Kamaludin. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (182Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (4Mb)

      Abstract

      Kajian ini memfokuskan kepada konsep kasyaf yang merupakan pembukaaan hijab yang Allah SWT kurniakan kepada insan terpilih yang berada pada maqam dan ahwāl untuk menuju mushahadah Ilahi. Ia adalah kurniaan Ilahi kepada salik yang ikhlas bermujahadah, berkhalwah, berzikir dan bermurāqabah. Konsep yang masyhur dalam dunia kesufian dan selari dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ini sering dicemari dengan pelbagai dakwaan yang meragukan daripada individu dan kumpulan yang menggunakan jenama tasawuf dan tarekat bagi mengaburi masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk membahaskan kedudukan kasyaf menurut perspektif tasawuf, mengenalpasti jenis kasyaf dan pandangan pro dan kontra mengenainya serta mengkaji fenomena kasyaf dalam ajaran sesat di Malaysia. Kajian ini penting bagi memberikan kefahaman sebenar kepada pihak berkuasa agama, ahli-ahli tarekat tasawuf, para pendakwah dan masyarakat awam yang berminat untuk mendalami ilmu tasawuf yang hakiki. Pengkaji mengaplikasi kajian bersifat kepustakaan (library research) yang berbentuk kualitatif deskriptif kerana ia melibatkan pengumpulan data dan analisis serta huraian data kepustakaan (library) secara kualitatif yang terdiri daripada metode induktif, deduktif dan historis. Hasil kajian mendapati bahawa kasyaf mempunyai kedudukan yang signifikan dalam kesufian. Semua tokoh sufi menerima kasyaf yang merupakan penyingkapan sesuatu yang tertutup dengan berhati-hati dan kasyaf yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada insan yang terpilih hendaklah dinilai dengan panduan al-Quran dan hadith dan tidak bertentangan dengan sumber perundangan Islam serta tidaklah sehingga mewujudkan syariat baharu dan meruntuhkan syariat yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Secara kesimpulannya kasyaf terbahagi kepada dua iaitu Kasyaf Pancaindera dan Kasyaf Maknawi. Fenomena kasyaf yang menyeleweng didapati berlaku di Malaysia berdasarkan wujudnya ajaran-ajaran sesat yang mendakwa ketua atau pengikut turut diberikan kasyaf. Menerusi dakwaan-dakwaan ini dilihat mudah untuk menarik masyarakat yang cetek ilmu tasawuf dan yang berminat dengan perkara-perkara mistik dan ghaib.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2023.
      Uncontrolled Keywords: Kasyaf; Tasawuf; Tarekat dan ajaran sesat; Perundangan Islam; Sufi
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 18 Jul 2024 01:01
      Last Modified: 18 Jul 2024 01:01
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15183

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item