Khitan wanita menurut Fiqh al-Hadith: Pembinaan garis panduan amalan khitan wanita di Malaysia / Norazam Khair Mohd Ithnin

Norazam Khair , Mohd Ithnin (2024) Khitan wanita menurut Fiqh al-Hadith: Pembinaan garis panduan amalan khitan wanita di Malaysia / Norazam Khair Mohd Ithnin. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (611Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Restricted to Repository staff only until 31 December 2025.

    Download (15Mb)

      Abstract

      Pada 7 Disember 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan perbincangan meja bulat bersama para pakar mengenai amalan khitān wanita yang sebelum ini telah diputuskan kewajipannya oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 2009. Perbincangan ini dilakukan sebagai respons terhadap dakwaan yang menyatakan bahawa amalan khitān wanita hanya merupakan adat, berdalilkan daripada hadith-hadith tidak autentik, tidak diwajibkan dalam Islam dan dianggap sebagai Female Genital Mutilation (FGM). Kajian ini bertujuan untuk menganalisis keabsahan hadith-hadith yang berkaitan dengan amalan khitān wanita, mengenal pasti fiqh al-hadith dan meneroka realiti amalan ini dalam kalangan pegawai perubatan yang beragama Islam di Malaysia. Kajian ini membina sebuah draf Garis Panduan Amalan Khitān Wanita (GPAKW) untuk digunakan oleh pegawai perubatan beragama Islam di Malaysia. Metodologi kajian ini merangkumi pendekatan campuran dengan menggabungkan elemen kualitatif, kuantitatif, dan reka bentuk dan pembangunan (DDR). Pengumpulan data melibatkan pelbagai kaedah seperti dokumentasi, temu bual separa struktur, edaran soal selidik untuk menilai keperluan garis panduan, dan edaran soal selidik fuzzy delphi untuk penilaian kebolehgunaan garis panduan. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan khitān wanita disyariatkan dalam Islam, didukung oleh lapan ayat Al-Quran dan telah menjadi satu budaya dalam masyarakat Islam. Analisis terhadap hadith menunjukkan bahawa sebanyak 17 hadith membincangkan pelbagai aspek amalan khitān wanita dengan 11 hadith ialah ṣahīh, lima hadith ialah ḥasan dan satu hadith ialah ḍaʿīf. Soal selidik yang melibatkan 310 responden pegawai perubatan beragama Islam menunjukkan tingginya keperluan untuk pembinaan garis panduan amalan khitān wanita dengan skor min mencapai 4.27. Draf Garis Panduan Amalan Khitān Wanita (GPAKW) kemudian dibina melalui analisis kandungan temu bual dengan tiga orang pakar obstetrik dan ginekologi. Penilaian kebolehgunaan GPAKW melibatkan 15 pakar dari pelbagai bidang termasuk fatwa, hadith, obstetrik dan ginekologi, gender dan fisiologi, psikologi, perubatan keluarga, dan bioetika Islam. Hasilnya menunjukkan penerimaan positif dalam kalangan pakar berkenaan item draf GPAKW dengan skor threshold kurang daripada 0.2, peratusan kesepakatan melepasi 75%, dan skor fuzzy (A) lebih tinggi daripada nilai α-cut iaitu 0.5. Keseluruhan, kajian ini memberikan pandangan yang komprehensif mengenai isu khitān wanita dalam konteks Malaysia, menyumbang kepada pemahaman lebih mendalam dan pembinaan garis panduan amalan yang relevan.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Khitān wanita; Female genital mutilation (FGM); Hadith khitān; Pegawai perubatan beragama Islam; Garis panduan amalan khitān wanita
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 12 Sep 2024 07:45
      Last Modified: 12 Sep 2024 07:45
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15345

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item