Pauzi , Yusoff (2024) Pemikiran akidah Tuan Minal dalam kitab Aqidah al-Najin: Kajian keselarasannya bagi membentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) / Pauzi Yusoff. PhD thesis, Universiti Malaya.
PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (223Kb) | |
PDF (Thesis PhD) Restricted to Repository staff only until 31 December 2026. Download (3048Kb) |
Abstract
Penekanan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) menjadi fokus utama dalam kemahiran abad ke-21. Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang memberi perhatian terhadap aspek pembudayaan berfikir aras tinggi dalam kurikulum akidah. Standard kandungan akidah yang disediakan dalam DSKP adalah ringkas dan ini telah menyebabkan sebahagian pendidik berdepan dengan ketandusan idea sekali gus membantutkan usaha dalam membentuk KBAT. Oleh itu, seorang ulama akidah yang terkenal iaitu Tuan Minal menerusi karyanya ʽAqīdah al-Nājīn telah dipilih sebagai objek kajian bagi meneliti idea-ideanya itu. Objektif kajian ini ialah mengkaji pemikiran akidah Tuan Minal dalam kitab ʽAqīdah al-Nājīn dan mengenal pasti keselarasannya dari segi standard kandungan akidah, menganalisis bentuk-bentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang diaplikasinya dalam kitab ʽAqīdah al-Nājīn dan menilai bentuk-bentuk pemikirannya bersandarkan standard kandungan akidah yang dapat membentuk KBAT menurut perspektif Jurulatih Utama (JU) Negeri. Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan metode analisis dokumen dan analisis tematik. Bagi mencapai objektif terakhir pengkaji menggunakan perisian Atlas.ti V8 sebagai alat untuk mencari tema-tema yang terdapat dalam pemikiran Tuan Minal berdasarkan standard kandungan akidah. Sehubungan itu, seramai sepuluh orang peserta telah dijadikan persampelan dan ianya dipilih secara rawak menggunakan strategi persampelan variasi maksimum. Dapatan kajian ini menunjukkan terjawabnya persoalan kajian kerana hasil kajian menunjukkan berlaku ketidakselarasan dalam standard kandungan DSKP dengan kitab ʽAqīdah al-Nājīn iaitu dalam tema ketuhanan dan akhlak tetapi mempunyai keselarasan yang tinggi dalam tema kenabian dan perkara al-samʽiyyāt. Punca ketidakselarasan ini adalah disebabkan DSKP yang telah dikemaskini sekarang telah memperbanyakkan tajuk Nama-Nama Allah SWT dan hanya mengekalkan dua tajuk tentang Sifat 20. Ketidakselarasan yang berlaku dalam tema akhlak dan adab juga disebabkan pendekatan dalam DSKP yang lebih terarah kepada usaha memupuk akhlak secara menyeluruh berbanding dengan pendekatan Tuan Minal yang lebih memberi fokus kepada usaha mendidik hati. Dapatan ini juga menunjukkan aras-aras berfikir yang diketengahkan oleh Tuan Minal adalah bersifat anjal dan selari dengan hierarki Taksonomi Bloom. Selain itu, dapatan akhir menunjukkan pemikiran Tuan Minal itu adalah bersifat kritis dan kreatif dan melaluinya ia berupaya mencetuskan idea-idea lain dalam kalangan peserta kajian. Kesimpulannya pemikiran Tuan Minal ini bersifat anjal dan selari dengan KBAT yang menekankan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Malah pemikiran beliau ini sangat relevan untuk diaplikasikan dalam DSKP serta boleh dijadikan bahan rujukan dalam pembinaan DSKP pada masa hadapan.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024. |
Uncontrolled Keywords: | Kitab Aqidah al-Najin; Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT); kemahiran kritis; Tuan Minal; Taksonomi Bloom |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 23 Sep 2024 07:12 |
Last Modified: | 23 Sep 2024 07:12 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15418 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |