Analisis pemikiran Rashad Khalifa dalam pentafsiran al-Quran dan kesannya di Malaysia / Hanisah Zafirah Fouzelah

Hanisah Zafirah , Fouzelah (2024) Analisis pemikiran Rashad Khalifa dalam pentafsiran al-Quran dan kesannya di Malaysia / Hanisah Zafirah Fouzelah. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (229Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1359Kb)

      Abstract

      Rashad Khalifa merupakan kelahiran Mesir yang berlatar belakang sains iaitu pakar dalam bidang biokimia tumbuh-tumbuhan. Beliau telah menetap di Amerika Syarikat bersama keluarganya iaitu isteri dan anak-anaknya. Meskipun berlatar belakang ilmu dari bidang sains, namun Rashad Khalifa telah menceburi bidang al-Quran dan pentafsiran al-Quran serta telah menjadi seorang pelopor kepada teori kod Quran bagi angka 19 atau lebih dikenali sebagai angka kod 19. Teori yang dijumpai oleh Rashad Khalifa ini telah menggemparkan dunia Islam dan telah mendapat perhatian daripada beberapa cendekiawan barat. Selain dikenali sebagai pelopor angka kod 19 Rashad Khalifa juga turut dikenali sebagai seorang Quraniyyun dan anti-hadith berdasarkan pentafsiran al-Quran yang dibuat oleh beliau.Rashad Khalifa mempunyai ramai pengikut termasuklah di Malaysia iaitu Kassim Ahmad. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan teori pentafsiran al-Quran pada zaman Rashad Khalifa, mengenal pasti biografi beliau dan karya-karya yang dihasilkan oleh beliau, mengkaji pemikiran beliau berkaitan pentafsiran al-Quran dalam karya-karyanya dan menganalisis pengaruh pemikiran beliau dalam pentafsiran al-Quran di Malaysia. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan kualitatif yang menggunakan kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis data. Kajian ini akan mengeluarkan pemikiran-pemikiran Rashad Khalifa di dalam pentafsiran al-Quran yang bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan dua karya iaitu Quran : The Final Testament dan Quran : Hadith And Islam. Pemikiran-pemikiran beliau ini akan dibincangkan dan dibahaskan berdasarkan dalil-dalil menurut akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Seterusnya penyelidikan ini akan melihat pengaruh pemikiran Rashad Khalifa dalam bidang pentafsiran al-Quran yang berjaya memasuki Malaysia.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2024.
      Uncontrolled Keywords: Rashad Khalifa; Kod 19; Al-Quran; Hadith; Sains
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 08 Aug 2025 07:20
      Last Modified: 08 Aug 2025 07:20
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/15842

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item