Hubungan konteks keluarga dengan penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah menengah / Abd. Razak Zakaria

Abd. Razak, Zakaria (2011) Hubungan konteks keluarga dengan penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah menengah / Abd. Razak Zakaria. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Title page, synopsis, table of contents) - Submitted Version
Download (339Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (full text) - Submitted Version
    Download (1859Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (appendices) - Submitted Version
      Download (166Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh mana ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak-anak ketika di sekolah menengah. Kajian berfokus sepenuhnya kepada murid sebagai sampel. Peserta kajian melibatkan seramai 950 orang yang terdiri daripada murid-murid tingkatan empat dari sekolah menengah bantuan penuh kerajaan dalam negeri Selangor. Kajian tinjauan ini menggunakan sepenuhnya soal selidik dalam mendapatkan data. Persampelan rawak dilakukan dalam memilih sampel kajian. Lokasi bandar dan luar bandar diambil kira dalam penentuan pemilihan sampel. Data-data berskala Likert dianalisis sepenuhnya secara inferensi menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) manakala data soalan terbuka dianalisis secara deskriptif. Kekuatan kedua-dua kaedah penganalisisan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Ujian korelasi yang telah dijalankan mendapati komponen konteks keluarga iaitu interaksi dan komunikasi, amalan keibubapaan, kesenggangan, keterbukaan dan penerimaan berhubung secara signifikan dalam penglibatan ibu bapa di rumah tetapi tidak berkorelasi dengan penglibatan ibu bapa di sekolah. Analisis regresi pula menunjukkan komponen konteks keluarga menyumbang sebanyak 44.5 peratus daripada penglibatan ibu bapa di rumah berbanding hanya 16.0 peratus penglibatan ibu bapa di sekolah. Secara keseluruhan, didapati konteks keluarga memberikan sumbangan 41.1 peratus untuk penglibatan (rumah dan sekolah). Manakala demografi keluarga seperti bangsa, bilangan adik beradik, tahap pendidikan ibu, tahap pendidikan bapa, pekerjaan ibu dan pekerjaan bapa hanya berkorelasi secara signifikan dengan penglibatan ibu bapa di rumah. Apa yang menarik, kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di sekolah menengah bukan faktor utama anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Anak-anak masih memperoleh pencapaian akademik yang baik meskipun tanpa penglibatan ibu bapa. Penyediaan konteks keluarga yang kondusif dan harmoni mampu merangsang anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran. Justeru, lebih bermakna jika usaha ke arah kejayaan anak-anak di sekolah mengambil strategi yang lebih holistik dengan memperkukuhkan institusi keluarga dan mewujudkan hubungan kekeluargaan yang sihat.

        Item Type: Thesis (PhD)
        Additional Information: Thesis submitted in fulfillment of the requirement for the degree of Doctor of Philosophy
        Uncontrolled Keywords: Education, Secondary--Parent participation; High school students--Family relationships; Academic achievement--Malaysia--Psychological aspects; hubungan keluarga ;pencapaian akademik
        Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
        L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
        Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Foundations & Humanities
        Depositing User: Nurul Aslini Ariffin
        Date Deposited: 01 May 2013 10:41
        Last Modified: 01 Jan 2014 11:56
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/3618

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item