Pengaruh perilaku kepimpinan pengetua ke atas tekanan kerja guru sekolah menengah di Melaka / Ibrahim bin Jari

Jari, Ibrahim (2014) Pengaruh perilaku kepimpinan pengetua ke atas tekanan kerja guru sekolah menengah di Melaka / Ibrahim bin Jari. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (566Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF (Full Text)
    Download (4Mb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh perilaku kepimpinan pengetua ke atas tekanan kerja guru sekolah menengah pelbagai aliran di Melaka. Faktor perilaku kepimpinan pengetua yang dikaji termasuklah motivasi kerja pengetua dan pola komunikasi pengetua. Selain dari itu, pengkaji juga mengkaji tentang tahap tekanan kerja guru dari empat aspek iaitu fizikal, psikologikal, tingkah laku dan minda. Kajian ini juga melihat sejauh mana kesan mediator amalan timbang rasa pengetua ke atas hubungan antara perilaku kepimpinan pengetua dan tekanan kerja guru serta kesan moderator yang terdiri dari faktor-faktor demografi terhadap hubungan antara perilaku kepimpinan pengetua dan tekanan kerja guru. Sebanyak 10 soalan kajian survei dikemukakan untuk mencapai objektif kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada seramai 361 orang guru pelbagai aliran sekolah menengah di Melaka (n=361) dari 28 buah sekolah di tiga daerah iaitu daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin telah dipilih secara rawak (kluster atas kluster) daripada populasi kajiannya (N=5993). Instrumen kajian terdiri daripada item tekanan kerja yang diubah suai daripada Teacher Stress Inventory (Boyle, Borg, Falzon dan Baglioni, 1995), item-item perilaku kepimpinan dan amalan timbang rasa. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan 78 orang guru dari enam buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di tiga daerah iaitu daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin, Melaka. Pekali kebolehpercayaan konsistensi dalaman bagi item-item instrumen kajian adalah memuaskan, iaitu, α = .67 hingga .93 bagi keempat-empat aspek tekana kerja guru, α = .93 bagi item-item motivasi kerja pengetua, α = .91 bagi pola komunikasi pengetua dan α = .95 bagi amalan timbang rasa pengetua. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan program SPSS dan AMOS. Analisis data dilakukan secara deskriptif (min, frekeunsi dan peratus) dan inferensi (Ujian Korelasi Pearson-r, Ujian-t, Ujian ANOVA sehala, Ujian Regresi Pelbagai dan SEM menggunakan AMOS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa satu daripada empat aspek tahap tekanan kerja dalam kalangan responden berada pada tahap yang sederhana. Tahap tekanan kerja guru dari aspek fizikal berada pada tahap yang sederhana (min=2.48), yang dikenal pasti sebagai faktor utama tekanan kerja dalam kalangan responden. Ini diikuti oleh aspek psikologikal (min=2.11), aspek minda (min=1.74) dan aspek tingkah laku (min=1.19) yang berada pada tahap yang rendah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tekanan kerja yang signifikan dalam kalangan responden mengikut jenis sekolah, umur, dan pengalaman mengajar. Namun, tidak terdapat perbezaan tekanan kerja yang signifikan dalam kalangan responden mengikut kaum, status perkahwinan, kelulusan ikhtisas, pendapatan bulanan, jawatan perkhidmatan, jantina, beban kerja dan lokasi kediaman. Seterusnya, hasil analisis SEM menunjukkan bahawa amalan timbang rasa pengetua merupakan mediator yang signifikan yang meneutralkan perhubungan antara motivasi kerja pengetua dan tekanan kerja guru serta perhubungan antara pola komunikasi pengetua dan tekanan kerja guru. Dengan erti kata lain, amalan timbang rasa pengetua merendahkan tekanan kerja dari aspek fizikal, psikologikal dan minda yang disebabkan oleh motivasi pengetua yang rendah atau pola komunikasi pengetua yang berbentuk sehala. Selanjutnya, keputusan analisis regresi pelbagai hierarkikal menunjukkan bahawa faktor-faktor demografi merupakan moderator kepada perhubungan antara motivasi kerja pengetua dan tekanan kerja guru. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa amalan pola komunikasi dua hala dan motivasi kerja pengetua yang tinggi dapat mengurangkan tekanan kerja guru. Selain itu, amalan timbang rasa pengetua dapat mengurangkan tekanan kerja guru dari aspek fizikal, psikologikal dan minda yang diakibat daripada amalan komunikasi pengetua yang kurang sesuai dan motivasi kerja pengetua yang rendah. Di akhir tesis ini, cadangan untuk kajian pada masa depan dikemukakan.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (Ph.D) -- Institut Kepimpinan Pendidikan, Universiti Malaya, 2014.
      Uncontrolled Keywords: Kepimpinan pengetua; Tekanan kerja; Guru; Sekolah menengah; Melaka
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
      Divisions: Institute of Principalship Studies
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 04 Mar 2015 09:59
      Last Modified: 04 Mar 2015 09:59
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/4591

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item