Mohd Yusra, Abdullah (2012) Pelaksanaan akaun pelaburan emas menurut perspektif ekonomi Islam : Kajian di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad / (KFHMB) / Mohd Yusra Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.
| PDF Download (4Kb) | Preview | |
| PDF Download (4Kb) | Preview | |
| PDF Download (365Kb) | Preview | |
| PDF Download (70Kb) | Preview | |
| PDF Download (1830Kb) | Preview | |
| PDF Download (8Kb) | Preview | |
| PDF (Full Text) Download (206Kb) | Preview |
Abstract
Akaun pelaburan emas merupakan portfolio pelaburan emas yang selamat dan mudah, di mana emas yang dibeli oleh pelabur akan disimpan oleh pihak bank. Di Malaysia terdapat 5 buah bank yang menawarkan produk akaun pelaburan emas, tetapi hanya Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad atau KFHMB sahaja yang melaksanakannya menggunakan prinsip syariah, oleh itu kajian ini dilakukan di KFHMB. Kajian ini mengkaji mengenai pelaksanaan akaun pelaburan emas yang dilaksanakan oleh KFHMB untuk melihat cara operasi produk ini dan menilai keabsahan pelaksanaannya menurut perspektif ekonomi Islam. Data-data dan maklumat diperolehi menerusi metode dokumentasi dan temubual dengan pegawai KFHMB, kemudian dianalisis dengan menggunkan metode komparatif iaitu perbandingan antara pelaksanaan yang diamalkan oleh KFHMB dengan teori transaksi emas menurut perspektif ekonomi Islam. Hasilnya mendapati hampir keseluruhan pelaksanaan produk ini menepati syariah, tetapi pada bahagian akad kontrak, secara tidak langsung dilihat menggabungkan 2 kontrak di dalam 1 akad yang dilarang oleh syariah, iaitu kontrak al-sarf dan al-qard yang di gunakan oleh KFHMB sebagai alat pendasar kepada produk ini termeterai di dalam 1 borang sahaja. Oleh itu, pihak KFHMB disarankan menyediakan 2 borang untuk memisahkan 2 kontrak tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih sistematik.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Disertasi (M.A.)-Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya , 2012. |
Uncontrolled Keywords: | Kuwait Finance House; Gold Investment |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 29 Apr 2015 09:48 |
Last Modified: | 29 Apr 2015 09:49 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5036 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |