Fatwa pengharaman Ahmadiyah oleh Majelis Ulama Indonesia tahun 2005 dan kesannya terhadap aspek sosial : kajian di Alun-Alun Contong, Surabaya, Indonesia / Hudi Hidayat

Hidayat, Hudi (2013) Fatwa pengharaman Ahmadiyah oleh Majelis Ulama Indonesia tahun 2005 dan kesannya terhadap aspek sosial : kajian di Alun-Alun Contong, Surabaya, Indonesia / Hudi Hidayat. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (20Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (508Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1619Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF (Full Text)
        Download (187Kb) | Preview

          Abstract

          Pada tahun 2005 Majlis Ulama Indonesia (MUI) kembali memfatwakan pengharaman terhadap jemaah Ahmadiyah yang sebelumnya telah diharamkan pada tahun 1981. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan prosedur Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam memfatwakan pengharaman Ahmadiyah dan mengkaji kesan sosial yang terjadi akibat fatwa MUI pada tahun 2005 tersebut pada wilayah kelurahan Alun-alun contong, Surabaya, Indonesia, di mana terdapat markas Jemaah Ahmadiyah Qadiyan cawangan Jawa Timur. Untuk mencapai matlamat kajian ini, pengkaji telah menyandarkan pengumpulan data kepada kajian perpustakaan (library research) dan kajian lapangan (field research), di mana kedua-dua kaedah ini mencakupi kajian histori, dokumentasi, pemerhatian dan temu bual. Setelah berjaya mengumpul data yang mencukupi mengenai sejarah dan perkembangan Ahmadiyah terutamanya Ahmadiyah Qadiyani di Surabaya, yang boleh dianggap sebagai benar-benar tepat dan bernilai dari segi objektiviti dan kesahihan, pengkaji menjalankan analisis yang menyeluruh terhadap data dan sumber tersebut, baik secara induktif mahupun dengan deduktif, sehingga boleh mencapai kesimpulan yang dibentangkan di dalam disertasi ini. Pada akhir kajian pengkaji mendapati bahawasanya MUI telah melakukan prosedur yang benar dalam memfatwakan haramnya Ahmadiyah, pengharaman tersebut telah menyebabkan berlakunya beberapa kesan sosial yang terjadi di kalangan masyarakat Alun-alun Contong, Surabaya antara ahli jemaah Ahmadiyah dengan masyarakat awam persekitaran. Di antaranya Jemaah Ahmadiyah menjadi lebih tertutup/exclusive dalam membina hubungan sosial dengan masyarakat. Dan kedua-dua pihak mengambil sikap untuk lebih berhati-hati dalam membina hubungan sosial, yang pada akhirnya lebih terkesan tidak saling mengambil berat akan hal ehwal masing-masing. Terlebih lagi setelah fatwa tersebut di kuat kuasa oleh gabenor Jawa Timur, Soekarwo.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: M.Syariah -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2013
          Uncontrolled Keywords: Majelis Ulama Indonesia; Fatwas--Indonesia
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
          Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
          Date Deposited: 09 Jun 2015 13:51
          Last Modified: 09 Jun 2015 13:51
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5091

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item