Peranan agihan zakat produktif terhadap pembangunan industri kecil di Baitul Mal, Aceh / Shafwan

., Shafwan (2011) Peranan agihan zakat produktif terhadap pembangunan industri kecil di Baitul Mal, Aceh / Shafwan. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (7Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (10Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (13Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (12Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (24Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (30Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (22Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF
                Download (7Kb) | Preview
                  [img]
                  Preview
                  PDF
                  Download (8Kb) | Preview
                    [img]
                    Preview
                    PDF
                    Download (11Kb) | Preview
                      [img]
                      Preview
                      PDF
                      Download (28Kb) | Preview
                        [img]
                        Preview
                        PDF
                        Download (35Kb) | Preview
                          [img]
                          Preview
                          PDF
                          Download (191Kb) | Preview
                            [img]
                            Preview
                            PDF
                            Download (344Kb) | Preview
                              [img]
                              Preview
                              PDF
                              Download (428Kb) | Preview
                                [img]
                                Preview
                                PDF
                                Download (437Kb) | Preview
                                  [img]
                                  Preview
                                  PDF
                                  Download (37Kb) | Preview
                                    [img]
                                    Preview
                                    PDF
                                    Download (69Kb) | Preview
                                      [img]
                                      Preview
                                      PDF
                                      Download (62Kb) | Preview
                                        [img]
                                        Preview
                                        PDF
                                        Download (13Kb) | Preview
                                          [img]
                                          Preview
                                          PDF
                                          Download (37Kb) | Preview
                                            [img]
                                            Preview
                                            PDF
                                            Download (12Kb) | Preview
                                              [img]
                                              Preview
                                              PDF
                                              Download (1295Kb) | Preview
                                                [img]
                                                Preview
                                                PDF
                                                Download (1297Kb) | Preview
                                                  [img]
                                                  Preview
                                                  PDF
                                                  Download (443Kb) | Preview
                                                    [img]
                                                    Preview
                                                    PDF
                                                    Download (21Kb) | Preview
                                                      [img]
                                                      Preview
                                                      PDF
                                                      Download (218Kb) | Preview
                                                        [img]
                                                        Preview
                                                        PDF
                                                        Download (1032Kb) | Preview
                                                          [img]
                                                          Preview
                                                          PDF
                                                          Download (90Kb) | Preview
                                                            [img]
                                                            Preview
                                                            PDF
                                                            Download (1464Kb) | Preview
                                                              [img]
                                                              Preview
                                                              PDF
                                                              Download (31Kb) | Preview
                                                                [img]
                                                                Preview
                                                                PDF
                                                                Download (13Kb) | Preview

                                                                  Abstract

                                                                  Disertasi ini membincangkan tentang peranan yang dimainkan oleh Baitul Mal Aceh melalui program agihan dana zakat produktif terhadap pembangunan usahawan asnaf. Objektif kajian ini adalah untuk melihat bagaimana mekanisme pengagihan, pengaruh program, serta menganalisis peranan institusi Baitul Mal Aceh dan merumuskan strategi yang memiliki asas dan fakta di persekitaran external dan internal bagi meningkatkan peranannya. Metode yang digunakan adalah kajian perpustakaan, temu bual, dan mengedarkan soal selidik kepada pihak-pihak yang berkaitan. Pendekatan yang digunakan adalah pendekatan unsur-unsur sosiologis, falsafah, ekonomi, budaya dan hukum. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif, deskriptif dan eksploratif yang mengkaji gambaran sebenar yang berlaku mengenai peranan dan strategi Baitul Mal Aceh dalam pembangunan industri kecil. Untuk mendedahkan kualiti kekuatan dan kelemahan Baitul Mal Aceh maka digunakan pendekatan analisis SWOT. Hasil kajian mendapati bahawa mekanisme pengagihan modal usaha zakat produktif menggunakan instrumen qardul hasan yang tidak memerlukan jaminan dan insurans, dilakukan dengan mudah dan ringkas. Satu kaji selidik telah dijalankan ke atas penerima agihan modal usaha zakat produktif dan hasil kajian mendapati bahawa sebelum agihan zakat, majoriti penerima bantuan adalah miskin (67.6%) dan mereka adalah pengusaha industri kecil di sektor perniagaan, pertanian, dan penternakan. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa pengaruh agihan zakat produktif tersebut telah dapat meningkatkan pendapatan mustahik dan tiada lagi dari mereka yang berpendapatan kurang daripada Rp 1 juta ke bawah. Kesemua mereka telah mampu memenuhi keperluan asas kehidupan rutin seharian termasuk keperluan asas kepada pendidikan, kesihatan, kediaman dan tabungan. Berasaskan kepada hasil analisis SWOT, kajian ini mendapati bahawa Baitul Mal Aceh berada pada posisi yang strategi menggunakan kekuatan dan peluang untuk mengatasi kelemahan dan ancaman. Kekuatan dan peluang tersebut harus dimanfaatkan Baitul Mal Aceh untuk meningkatkan posisi kompetitifnya. Di samping itu, Baitul Mal Aceh berada dalam kondisi prima sehingga sangat memungkinkan untuk terus melakukan pengembangan, memperbesar pertumbuhan dan boleh mendapatkan kejayaan secara maksimum dalam pembangunan masyarakat miskin khasnya usahawan asnaf. Agihan zakat produktif telah memainkan peranan yang ketara dalam kelangsungan hidup seharian mustahik. Dengan ini terbukti bahawa Baitul Mal Aceh telah berperanan dalam pembangunan usahawan asnaf dengan bantuan modal kepada mustahik khusus dari kalangan usahawan terutamanya dalam menggerakkan industri kecil di Aceh. Kata kunci: Peranan, Baitul Mal, Pembangunan, Industri Kecil.

                                                                  Item Type: Thesis (Masters)
                                                                  Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011
                                                                  Uncontrolled Keywords: Zakat--Indonesia--Nanggroe Aceh Darussalam; Islam--Charities; Taxation--Religious aspects--Islam; Taxation (Islamic law)--Indonesia--Nanggroe Aceh Darussalam
                                                                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                                                                  Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
                                                                  Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
                                                                  Date Deposited: 15 Jun 2015 13:22
                                                                  Last Modified: 15 Jun 2015 13:22
                                                                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5098

                                                                  Actions (For repository staff only : Login required)

                                                                  View Item