Konsep kejadian alam menurut Al-Raniri (m. 1658m/ 1068h): Analisis kitab Bad’ Khalq Al-Samawat Wa Al-’Ard dari perspektif pemikiran Islam / Mohd Solahuddin Shahruddin

Shahruddin, Mohd Solahuddin (2015) Konsep kejadian alam menurut Al-Raniri (m. 1658m/ 1068h): Analisis kitab Bad’ Khalq Al-Samawat Wa Al-’Ard dari perspektif pemikiran Islam / Mohd Solahuddin Shahruddin. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (50Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (54Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF (Full Text)
      Download (207Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (1266Kb) | Preview

          Abstract

          Kajian disertasi ini bertujuan untuk mengkaji isi kandungan kitab jawi lama berjudul Bad’ Khalq al-Samawat wa al-’Ard yang ditulis oleh ulama Melayu Nusantara iaitu Syeikh Nur al-Din bin ‘Ali Janji al-Rani al-Syafi’i. Beliau juga merupakan salah seorang ulama tasawuf yang terkenal di Aceh pada abad ke-17. Lantaran itu kajian terhadap biografi al-Raniri dan penulisan kitab, menganalisis teks konsep kejadian alam menurut pemikiran Islam dan menganalisis corak pemikiran al-Raniri yang terdapat di dalam kitab Bad’ Khalq al-Samawat wa al-’Ard dilakukan. Objektif-objektif tersebut dianalisis dalam satu kajian berbentuk kualitatif menerusi pengumpulan data berasaskan kaedah kajian kepustakaan dan kajian dokumentasi. Kitab ini mempunyai sebanyak 29 fasal ditulis al-Raniri bermula dengan penciptaan Nur Muhammad, penciptaan Alam, Langit dan Bumi, Qalam sehingga penciptaan Iklim sebagai penutup. Justeru, kitab ini juga merupakan Ensiklopedia Sains Nusantara pada abad ke-17. Dalam keadaan yang berbeza, sebanyak 10 fasal di dalam kitab ini telah diulang al-Raniri dalam bab pertama melalui kitab Bustan al-Salatin. Kajian lebih tertumpu kepada analisis teks bagi setiap fasal yang dipilih, kemudian setiap ungkapan dan ideologi al-Raniri dijelaskan berdasarkan tafsir al-Qur’an dan al-Hadith seperti al-Bukhari dan Muslim. Kajian mendapati metode penulisan oleh al-Raniri lebih tertumpu pada suasana keadaan sesuatu tempat seperti suasana syurga, neraka, ‘Arasy dan Sidrah al-Muntaha, kerap kali disebut agar masyarakat ketika itu dapat menggambarkan dan memahaminya. Kitab al-Raniri ini juga mengaitkan ilmu falsafah penulis bersifat inkuiri terhadap ilmu kosmologi. Oleh itu, penggunaan karya sebagai bahan rujukan oleh masyarakat Melayu seperti al-Raniri ini perlu diteliti terlebih dahulu sumber dan asas pegangan kepercayaannya. Hal ini perlu bertepatan dengan sumber yang boleh dijadikan asas pegangan akidah dan ianya juga yang tidak bertentangan dengan konsep akal manusia.

          Item Type: Thesis (Masters)
          Additional Information: Disertasi (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2015
          Uncontrolled Keywords: Kejadian alam; Al-Raniri; Analisis; Kitab Bad’ Khalq Al-Samawat Wa Al-’Ard; Pemikiran Islam
          Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
          Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
          Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
          Date Deposited: 07 Aug 2015 18:10
          Last Modified: 07 Aug 2015 18:10
          URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5228

          Actions (For repository staff only : Login required)

          View Item