Kawalan perundangan terhadap pencemaran air oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor : satu analisis menurut perpsektif perundangan Islam / Mohd Istajib bin Mokhtar

Mokhtar, Mohd Istajib (2010) Kawalan perundangan terhadap pencemaran air oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor : satu analisis menurut perpsektif perundangan Islam / Mohd Istajib bin Mokhtar. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (6Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (444Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (203Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (878Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (267Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (662Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (274Kb) | Preview
                [img]
                Preview
                PDF (Full Text)
                Download (241Kb) | Preview

                  Abstract

                  Kajian ini mengupas pendekatan perundangan Islam dalam mengawal kualiti dan menyekat pencemaran air. Di Malaysia, isu-isu pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air bukanlah terletak di bawah bidangkuasa undang-undang Islam tetapi undang-undang Sivil. Justeru, kajian ini meneliti peranan Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JASNS) dalam mengawal kualiti dan menyekat pencemaran air. Data-data dikumpul melalui metode kepustakaan, dokumentasi institusi dan temubual. Untuk mencapai objektif kajian ini, analisis komparatif diutamakan untuk mengetahui persamaan, perbezaan dan keselarasan pendekatan pengawalan pencemaran air di Malaysia dengan pendekatan undang-undang Islam. Hasil kajian ini mendapati wujud keselarasan antara kedua-duanya. Prinsip dan nilai yang diterapkan dalam perundangan Islam masih digunapakai dan relevan dengan pendekatan kontemporari. Persamaan wujud di antara standard dalam Indeks Kualiti Air (IKA) dengan standard taharah dan najasah. Kes-kes pencemaran air daratan (inland water) di Selangor dianalisis dari aspek kawalan kualiti, penguatkuasan dan pendakwaan, alasan penghakiman serta keputusan kes menurut dimensi perundangan Islam. Namun, kawalan pencemaran air yang dikuatkuasakan oleh JASNS hanya mengawal pencemaran dari punca tetap (point-sources) sahaja dan menyebabkan pencemaran terus berlaku dari punca tidak tetap(non-point sources) yang dilakukan oleh masyarakat yang tidak beretika dan tidak peka terhadap keseimbangan ekologi dan kelestarian alam sekitar serta kesihatan awam. Justeru, undang-undang Islam yang universal dan komprehensif dilihat berpotensi untuk menjadi undang-undang alternatif dalam permasalahan ini sekaligus membentuk etika alam sekitar yang berprinsipkan Hablu min Allah wa Habl min Al-Nas.

                  Item Type: Thesis (Masters)
                  Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                  Uncontrolled Keywords: Selangor--Jabatan Alam Sekitar; Pollution--Religious aspects--Islam; Water--Pollution--Selangor; Water quality--Selangor
                  Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                  Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
                  Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                  Date Deposited: 13 Jun 2015 14:46
                  Last Modified: 13 Jun 2015 14:46
                  URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5285

                  Actions (For repository staff only : Login required)

                  View Item