Jali, Hasan (2011) Analisis Hadith riwayat Ibnu Abbas dalam Tafsir ayat al-ahkam min al-Quran oleh Muhammad 'Ali al-Sabuni / Hasan bin Jali. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Tajuk disertasi ini ialah ‘Analisis Hadith Riwayat Ibnu `Abbas Dalam Tafsir Ayat Al-Ahkam Min Al-Quran Oleh Muhammad `Ali Al-Sabuni’. Pemilihan terhadap al-Sabuni kerana beliau seorang mufassir yang mempunyai kepakaran dalam bidang tafsir. Ini dibuktikan, ketika beliau menerima anugerah `am al-shakhsiyyah oleh kerajaan Dubai pada tahun 2002 atas karyanya Safwat al-Tafasir. Manakala karyanya ‘Tafsir Ayat al-Ahkam min al-Quran’ turut mendapat pujian dari pelbagai pihak. Tafsir ini adalah salah satu sumbangan beliau dalam mempopularkan tafsir bercorak fiqhi yang hanya memuat ayat-ayat hukum dalam al-Quran dan telah pun banyak diguna pakai oleh masyarakat Melayu dalam pelajaran sekolah atau universiti sebagai rujukan. Ibnu `Abbas juga adalah sahabat yang terkenal dan hadith-hadithnya merupakan yang terbanyak dikutip oleh penulis dalam kitab ini untuk rujukan dalam permasalahan feqah. Kerana itu, hadith-hadith beliau perlu diselidiki status kesahihannya supaya jelas. Matlamat daripada kajian ini ialah memberikan kepastian kepada masyarakat dan pihak akademik, sama ada hadith-hadith beliau boleh digunakan sebagai hujah hukum atau tidak. Sebab sebahagian dari masyarakat kita, dan orang Islam secara amnya, kurang memperhatikan status hadith dalam pengambilan sebuah hukum. Kajian ini adalah sebuah kajian perpustakaan (Library Research) di mana tumpuannya adalah mengkaji hadith-hadith riwayat Ibnu `Abbas dari aspek kualiti dan kekuatan hujahnya dalam hukum Islam menurut para ulama. Metodologi yang digunakan adalah takhrij al-hadith untuk menentukan sama ada ianya sahih atau tidak, sehingga memberikan kepastian tentang kegunaan hadith tersebut. Kemudian, setiap hadith akan dianalisis dari aspek kandungannya. Ada 34 hadith riwayat Ibnu `Abbas dalam kitab ini, dan hasil dari kajiannya ialah didapati bahawa hanya 21 hadith sahaja yang sahih (maqbul), dan 13 hadith adalah da`if. 18 hadith sahih ada dalam sub topik al-ahkam al-shar`iyyah yang menjadi solusi dalam persoalan sebuah hukum, manakala ada empat hadith da`if dan satu majhul. Hasil kajian ini diharapkan supaya masyarakat berhati-hati dalam mengamalkan hadith sebagai rujukan hukum. Begitu pula kepada penulis buku atau kitab untuk menulis dalil-dalil hadith yang sahih sahaja.
Actions (For repository staff only : Login required)