Lukman, Jannah (2015) Hadith-hadith al-Hammam dalam Sunan Abu Dawud Al-Sijistani : analisis aplikasi terhadap spa perempuan di Banda Acheh / Jannah Lukman. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Hammam atau permandian awam dari perspektif Sunah Nabi S.A.W. khususnya dari teks-teks Hadith dari Kitab al-Hammam di dalam Sunan Abi Dawud merupakan topik yang signifikan untuk dikaji dari aspek fiqh al-Hadith dan aspek aplikasi lapangan. Dari aspek aplikasi lapangan, kajian ini menfokuskan terhadap perkembangan Spa di Banda Acheh, Indonesia. Objektif utama kajian ini bagi menjelaskan konsep hammam dari perspektif fiqh al-Hadith khususnya yang bersumberkan dari kitab Sunan Abi Dawud. Di samping itu, kajian juga turut menilai perkembangan Spa di Banda Acheh dari aspek aplikasi prinsip Islam yang terdapat dalam Kitab al-Hammam dari Sunan Abi Dawud yang dilaksanakan oleh pengusaha dan pengguna Spa perempuan di Banda Acheh. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunapakai metodologi perpustakaan dan lapangan khususnya dengan meneliti 18 Spa perempuan yang terdapat di Banda Acheh. Hasil kajian ini mendapati bahawa hanya 5 Spa perempuan di Banda Acheh yang menepati prinsip hukum hammam khususnya yang bersumberkan fiqh al-Hadith dari Kitab al-Hammam dalam Sunan Abi Dawud. Manakala baki 13 Spa perempuan lainnya masih belum sepenuhnya menjalankan aplikasi daripada konsep hammam tersebut. Pada akhirnya, kajian ini mencadangkan aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menerapkan konsep hammam yang Islami melalui penggubalan Undang-undang bagi pembinaan sesebuah Spa atau yang serupa dengannya di Banda Acheh.
Actions (For repository staff only : Login required)