Asas-asas akidah dalam pendidikan awal kanak-kanak menurut perspektif Islam / Seri Hayati Husain

Husain, Seri Hayati (2010) Asas-asas akidah dalam pendidikan awal kanak-kanak menurut perspektif Islam / Seri Hayati Husain. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (126Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (234Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (585Kb) | Preview
        [img]
        Preview
        PDF
        Download (430Kb) | Preview
          [img]
          Preview
          PDF
          Download (1483Kb) | Preview
            [img]
            Preview
            PDF
            Download (27Kb) | Preview
              [img]
              Preview
              PDF
              Download (90Kb) | Preview

                Abstract

                SERI HAYATI HUSAIN. Asas-asas Akidah Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak Menurut Perspektif Islam. Disertasi, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Pada masa kini, kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab pendidikan anak-anak mereka pada usia awal kanak-kanak, ini disebabkan kurangnya pengetahuan tentang kepentingan penerapan dan pengajaran akidah kepada anak-anak sejak dari kecil. Selain itu, mereka juga tidak mengetahui isi kandungan pengajaran akidah serta bagaimana cara dan pendekatan terbaik untuk menerapkannnya kepada anak-anak mereka khususnya di peringkat awal kanak-kanak. Justeru, kajian ini membincangkan tentang asas-asas akidah dan pendekatan pengajarannya kepada peringkat awal kanak-kanak iaitu dari 0 hingga 7 tahun. Kajian ini dimulakan dengan memberi tumpuan kepada konsep akidah secara umum, diikuti dengan penjelasan tentang kanak-kanak dan perkembangannya menurut Islam dan seterusnya tentang pemilihan isi kandungan tentang asas-asas akidah serta pengaplikasian pendekatan-pendekatan yang sesuai kepada peringkat awal kanak-kanak. Metode yang digunakan dalam kajian ini berteraskan kajian perpustakaan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, peringkat awal kanak-kanak adalah merupakan tempoh yang perlu diberi keutamaan dalam proses pendidikan khususnya pendidikan akidah. Pendekatan khusus perlu diberikan termasuk pemilihan isi kandungan akidah bagi memastikan kesesuaian dengan tahap mentaliti dan perkembangan fisiologi mereka. Merujuk kepada pendekatan-pendekatan yang dikaji menurut perspektif Islam, maka dapatlah disimpulkan bahawa terdapat pelbagai pendekatan yang boleh digunapakai oleh ibu bapa dalam mendidik serta menanam akidah kepada anak-anak mereka. Dengan kepelbagaian pendekatan tersebut, ibu bapa dapat memvariasikan teknik pengajaran akidah mengikut tahap kemampuan kanak-kanak. Selain itu, pendekatan tersebut bersifat selektif dan dengan ini ia memudahkan ibu bapa dalam memilih dan menentukan pendekatan terbaik bagi menilai kemampuan tahap penerimaan anak-anak mereka. Justeru, hasil kajian ini, secara tidak langsung dapat menyelesaikan permasalahan-permasalahan kajian . Implikasi daripada kajian ini, ia dapat membantu para ibu bapa dan pihak-pihak tertentu dalam menambahbaik proses penerapan akidah kepada peringkat awal kanak-kanak. Selain itu, kajian ini dapat dimanfaatkan oleh institusi-institusi berkaitan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran akidah.

                Item Type: Thesis (Masters)
                Additional Information: Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
                Uncontrolled Keywords: Faith (Islam); Islam--Doctrines; Early childhood education
                Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
                L Education > LB Theory and practice of education
                Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
                Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
                Date Deposited: 09 Jun 2015 11:46
                Last Modified: 09 Jun 2015 11:46
                URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5371

                Actions (For repository staff only : Login required)

                View Item