Mohammad Hamidi, Abdullah (2012) Pelaksanaan kutipan zakat perniagaan dalam kalangan usahawan muslim industri kecil dan sederhana di Madura, Jawa Timur, Indonesia / Mohammad Hamidi. Masters thesis, University of Malaya.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pelaksanaan kutipan zakat perniagaan dalam kalangan usahawan Muslim industri kecil sederhana (IKS) di Madura Provinsi Jawa Timur Indonesia. Kajian bermula daripada dalil al-Qur’an dan Hadis yang menyatakan wajibnya membayar zakat perniagaan, dan diteruskan dengan analisis bilangan IKS yang masuk kategori muzakki, potensi kutipan zakat, serta sumbangan kepada asnaf fakir miskin di Madura. Kajian ini juga menganalisis pengamalan zakat perniagaan IKS serta bilangan hasil kutipan zakat perniagaan IKS oleh amil zakat kerajaan di Madura. Manakala metode pengumpulan data dalam kajian ini adalah temu bual dengan pengurus amil zakat kerajaan, soal selidik yang disebarkan kepada usahawan Muslim IKS dan analisis dokumen rasmi berupa data laporan kewangan syarikat-syarikat IKS serta data bilangan fakir miskin daripada tahun 2006 hingga 2010 di Madura. Setelah data didapat, diteruskan dengan analisis data dengan metode analisis SPSS, statistik bilangan pengutipan zakat, penentuan kategori muzakki dan potensi sumbangan kepada asnaf. Berdasarkan hasil analisis data, didapat hasil kajian sebagai berikut; Pertama, bilangan usahawan Muslim IKS di Madura yang termasuk kategori muzakki, pada tahun 2006 seramai 419 muzakki dengan potensi pengumpulan zakat senilai IDR 3,095,765,778 dan dapat membantu seramai 14,582 asnaf. Sedangkan pada tahun 2007 terdapat 311 muzakki dengan kadar potensi pengumpulan zakat senilai IDR 2,698,218,025 dapat membantu asnaf seramai 12,710 asnaf. Pada tahun 2008 ada 390 muzakki, potensi pengutipan zakat senilai IDR 2,495,003,161 dan dapat membantu 11,753 asnaf. Pada tahun 2009 ada 554 muzakki dengan potensi pengumpulan zakat senilai IDR 4,382,741,991 dapat membantu 20,645 asnaf. Serta yang terakhir pada tahun 2010 terdapat 492 muzakki dengan potensi pengumpulan zakat senilai IDR 4,319,653,419 yang dapat membantu seramai 20,347 asnaf di Madura. Temuan kedua, 60% responden menyatakan membayar zakat langsung kepada asnaf fakir miskin, 2.5% membayar zakat kepada amil zakat persendirian dan 37.5% membayar zakat kepada guru agamanya. Ketiga, hasil pengumpulan zakat perniagaan IKS oleh Badan Amil Zakat Daerah (BAZDA) di Madura tidak ada sama sekali. Daripada temuan tersebut, kajian ini mencadangkan kepada kerajaan-kerajaan berada di wilayah Madura untuk mengambil perhatian terhadap pelaksanaan zakat perniagaan IKS yang berpotensi besar membantu asnaf fakir miskin di Madura. Key Word : Zakat Perniagaan, Industri Kecil Sederhana, Pelaksanaan Zakat Perniagaan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Disertasi (M.A.) – Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2012. |
Uncontrolled Keywords: | Zakat; Madura, Jawa Timur, Indonesia; Small scale industries |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 07 Nov 2015 11:50 |
Last Modified: | 07 Nov 2015 11:50 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5383 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |