Hamzah, Abdullah (2013) Konsep bidadari dalam Al-Quran Al-Karim : satu analisis balaghah / Abdullah bin Hamzah. Masters thesis, University of Malaya.
| PDF (Full Text) Download (1866Kb) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneliti konsep bidadari dalam al-Quran al-karim. Sebanyak 19 ayat al-Quran daripada sepuluh surah yang berbeza didapati telah membincangkan tentang bidadari dengan menggunakan 17 lafaz yang berbeza. Kajian dijalankan dengan menyenaraikan sifat-sifat bidadari yang digambarkan dalam ayat-ayat tersebut untuk dianalisis dari aspek makna. Kemudian ayat-ayat ini akan dianalisis dari aspek disiplin ilmu balagahah meliputi ilmu al-ma‘a:ni, ilmu al-baya:n dan ilmu badi:‘. Kajian mendapati bahawa lafaz-lafaz yang digunakan mempunyai makna yang luas dan mendalam. Lafaz yang digunakan juga menggambarkan sifat bidadari bertepatan dengan dengan konsep kecantikan luaran dan dalaman seseorang perempuan yang menjadi impian semua manusia. Teknik kalam khabariy, al-jumlaṯ al-ismiyyaṯ, al-tanki:r, tashbi:h dan kina:yaṯ dilihat banyak mendominasi ayat-ayat bidadari dari aspek ilmu balaghah. Teknik tashbi:h yang paling menonjol ialah tasybih mursal mujmal yang banyak memberi ruang yang luas kepada imaginasi pendengar dalam menggambarkan kecantikan bidadari di syurga. Penerokaan al-Quran dari aspek balaghah dengan lebih teliti dan mendalam dapat menyingkap rahsia-rahsia keistimewaan al-Quran seterusnya membongkar makna-makna tersirat yang terkandung di dalamnya.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (S.P.B.M.) -- Faculty of Languages and Linguistics, University of Malaya, 2013 |
Uncontrolled Keywords: | Bidadari; Al-Quran; Balaghah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc P Language and Literature > PJ Semitic |
Divisions: | Faculty of Languages and Linguistics |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 25 Jul 2015 09:51 |
Last Modified: | 25 Jul 2015 09:51 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5438 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |