al-Shart wa-atharuhu al-fiqhiyah fi 'aqd al-nikah : dirasah tahliliyah / Omar Awadhallah Alawfi

Alawfi, Omar Awadhallah (2010) al-Shart wa-atharuhu al-fiqhiyah fi 'aqd al-nikah : dirasah tahliliyah / Omar Awadhallah Alawfi. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (37Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (116Kb) | Preview
      [img]
      Preview
      PDF
      Download (1054Kb) | Preview

        Abstract

        Kajian "Syarat dan Kesannya terhadap Akad Nikah: Suatu Analisis" ini merupakan satu kajian bersandarkan nas syarak dan pendapat ulama usul dan fiqah berhubung dengan syarat – menurut dua cabangnya, iaitu syarat mengikut syarak dan syarat ciptaan manusia serta kesannya dari segi hukum fiqah terhadap sesuatu akad nikah. Ini bertujuan merungkai pendekatan ulama dalam menangani kesan positif dan negatif sesuatu syarat dalam akad nikah di samping mencari kaedah bagi menangani permasalahan tersebut. Kajian ini juga akan menjelaskan hukum terhadap pelbagai jenis pernikahan berdasarkan metode serta ruang lingkup kaedah tersebut. Kaedah yang diguna pakai dalam kajian ini adalah kaedah deskriptif dan eksploratif, dan tumpuan diberi kepada permasalahan "Penelitian terhadap hukum syarak dalam menangani syarat dalam akad nikah". Beberapa penemuan telah diperoleh hasil daripada kajian ini, antaranya ialah takrif terbaik bagi syarat ialah takrif al-Qirafi al-Malikiy, dan syarat yang bersandarkan syarak mempunyai pelbagai dalil terperinci yang khusus, manakala syarat ciptaan manusia adalah dalil bersifat umum. Sementara perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum syarat ciptaan manusia merujuk perselisihan dalam memahami hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Apa sahaja syarat yang diadakan dan ia tidak terdapat dalam kitab Allah maka ia terbatal." Kajian ini juga mendapati takrif ulama kontemporari bagi perkataan nikah lebih diterima berbanding takrif yang diberikan oleh ulama terdahulu. Berkenaan dengan aspek 'kafaah' pula, disimpulkan bahawa ia merupakan syarat nikah dan bukan sah nikah tersebut. Hasil daripada kajian ini juga mendapati bahawa syarat ciptaan manusia dalam nikah wajib dipatuhi selagi ia tidak bertentangan dengan tujuan akad. Manakala kesan syarat terhadap hukum ke atas pelbagai jenis nikah yang diguna pakai hari ini seperti nikah dengan niat cerai, nikah urfiy (nikah tanpa dokumen dan wali sah), nikah misyar, kahwin siyahi (pelancongan) dan kahwin istiyaf (biasanya antara ketua dengan pekerja untuk tempoh percutian sahaja) dapat disimpulkan bahawa hukum sah atau tidak nikah tersebut bergantung pada situasi sama ada bertepatan atau tidak dengan semua syarat nikah, dan syarat itu pula tidak boleh bertentangan dengan tujuan akad nikah. Kesimpulannya kajian ini menemukan bahawa kerana kurangnya ilmu pengetahuan berkaitan dengan hukum syarak dan kebergantungan pada mereka yang bukan ahli fiqah telah menyebabkan wujudnya isteri hasil daripada perkahwinan yang tidak menepati syarak dan hanya sekadar atas nama syarak sahaja.

        Item Type: Thesis (Masters)
        Additional Information: Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010
        Uncontrolled Keywords: Marriage (Islamic law); Domestic relations (Islamic law)
        Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
        Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
        Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
        Date Deposited: 10 Sep 2015 16:45
        Last Modified: 10 Sep 2015 16:45
        URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5881

        Actions (For repository staff only : Login required)

        View Item