Theological innovation and intellectual efforts in facing it : theoretical and applied study in the UAE's communities / Madheya Khalifa W.O. Saeed Mohd Al-Kaili

Al-Kaili, Madheya Khalifa W.O. Saeed Mohd (2014) Theological innovation and intellectual efforts in facing it : theoretical and applied study in the UAE's communities / Madheya Khalifa W.O. Saeed Mohd Al-Kaili. Masters thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (29Kb) | Preview
    [img]
    Preview
    PDF
    Download (1427Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian ini membicarakan tentang bid’ah akidah yang terdapat dalam masyarakat UAE, pengertian, kesan-kesan, dan hukumnya dalam Islam, kajian ini juga menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya amalan bid’ah dan metode yang digunakan oleh para ulama dalam menangani masalah ini. Tujuan utama penelitian ini ialah untuk memperjelas hakikat bid’ah, penyebab berlakunya bid’ah, hukumnya dalam Islam, dan faktor yang menyebabkan ianya tersebar di negara-negara Islam. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis pandangan-pandangan ulama mengenainya, sama ada ulama klasik mahupun ulama kontemporari, dan mengkaji karya-karya para ulama yang membincangkan perkara ini, serta mencuba untuk memperbetulkan beberapa amalan bid’ah yang tersebar dalam masyarakat UAE. Antara persoalan yang akan dijawab oleh kajian ini ialah: apakah hakikat bid’ah secara bahasa dan istilah? apakah hukumnya dalam Islam? Bilakah amalan bid’ah mula muncul? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya amalan bid’ah? Bagaimanakah sikap ulama terhadap amalan bid’ah? bagaimanakah fenomena bid’ah yang berlaku di kalangan masyarakat UAE, dan apakah metode yang sesuai untuk menanganinya? Dalam menjalankan penelitian ini penulis menggunakan metode induktif untuk mengumpulkan maklumat yang berkenaan dengan tajuk kajian, dan metode kajian lapangan dengan menyebarkan borang soal selidik. Kajian ini mengandungi pendahuluan, dua bab, dan penutup. Dalam pendahuluan penulis menjelaskan tentang konsep bid’ah, pembahagiannya dan penyebab-penyebab yang dapat mendorong berlakunya amalan bid’ah, kemudian bab pertama membincangkan faktor-faktor dalaman dan luaran yang menyebabkan berlakunya amalan bid’ah, kemudian menjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh para ulama demi mengelakkan seseorang terjerumus dalam amalan bid’ah. Bab kedua pula merupakan kajian praktikal mengenai fenomena bid’ah di kalangan masyarakat UAE. Penelitian ini diakhiri dengan bab petutup yang merangkumi beberapa hasil kajian dan cadangan, di antaranya ialah: kajian soal selidik yang telah dijalankan mengemukakan beberapa maklumat tentang rensponden secara umum dan didapati bahawa mereka mengetahui dan menyedari adanya amalan-amalan bid’ah yang berlaku dalam masyarakat sekitar. Didapati juga bahawa ramai dari kalangan perempuan yang menggunakan kalung azimat yang dinyakini dapat mengelakkan daripada kejahatan sihir. Kajian ini mencadangkan agar sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah Nabi, hendaklah tidak mengikuti mana-mana ajaran kecuali setelah memastikan sumbernya, sentiasa merujuk kepada ulama ketika menghadapi masalah-masalah agama dan tidak bertaklid buta, serta tidak membuka pintu ijtihad selebar-lebarnya kepada diri sendiri; sebab ijtihad hanya dapat dilakukan oleh ahlinya.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) -– Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2014
      Uncontrolled Keywords: Theological innovation; Intellectual efforts; UAE's communities
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
      Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
      Date Deposited: 19 Oct 2015 17:05
      Last Modified: 19 Oct 2015 17:05
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5889

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item