Aisyah, Dollah@ Abdullah (2015) Kaedah pentakwilan Al-Qur'an: Kajian perbandingan antara Al-Maturidi(M:944) dan Al-Tabari(M:923) / Aisyah Dollah@ Abdullah. PhD thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Thesis PhD) Download (4Mb) | Preview |
Abstract
Tesis ini membincangkan mengenai kaedah pentakwilan al-Qur’an di antara dua sarjana di bidang al-Qur’an iaitu al-Tabari (M : 923) dan al-Maturidi (M : 944). Faktor utama pemilihan kedua tokoh ini sebagai sampel kajian adalah kerana faktor sezaman meskipun tiada catatan bahawa keduanya pernah bertemu. Selain itu, kedua tokoh ini juga adalah di antara penyumbang terawal karya tafsir pada kurun ketiga iaitu Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an karangan al-Tabari (M :923) dan Ta’wilat Ahl Al-Sunnah karangan al-Maturidi (M : 944). Pemilihan perkataan takwil pada tajuk kedua karya tafsir sarjana ini menarik perhatian pengkaji untuk membincangkan secara khusus mengenai terminologi takwil menurut al-Tabari (M : 923) dan al-Maturidi (M : 944). Ini kerana, pada zaman hidupnya sarjana tafsir al-Tabari (M : 923) dan al-Maturidi (M : 944), terminologi ini difahami dengan baik oleh generasi tersebut berkemungkinan daripada kesan tradisi keilmuan Islam yang masih kuat pada kurun tersebut. Sayangnya, terminologi takwil ini tidak turun kepada generasi kemudiannya dengan baik sehingga kefahaman mengenainya di kalangan masyarakat menjadi agak kabur. Justeru itu, pengkaji menggunakan metodologi kepustakaan dan perbandingan untuk menganalisis kaedah takwil yang diaplikasikan oleh kedua pengarang dalam mentakwil ayat-ayat al-Qur’an menerusi karya mereka Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al-Qur’an dan Ta’wilat Ahl Al-Sunnah. Terdapat beberapa perkara yang dijadikan pengukur oleh pengkaji dalam menganalisis perbezaan kaedah takwil yang ditempuh oleh kedua pengarang seperti aspek sumber wahyu, generasi salaf, mazhab atau kumpulan, dan keautoritian sumber. Setelah itu, pengkaji menganalisis perbezaan tersebut dalam bentuk isu-isu pilihan seperti cara pemilihan dan penggunaan sumber ma’thur dalam mentakwil, pendirian pengarang terhadap khabar ghaib tanpa dalil yang jelas, pengaruh aliran iv falsafah serta isu membenarkan kebebasan beragama. Selain itu, pengkaji juga menganalisis kemampuan pengarang di bidang ijtihad khususnya berkaitan ilmu fiqh sama ada dari sudut menghasilkan ijtihad sendiri, kecenderungan terhadap mazhab tertentu, sikap mereka terhadap ijmak dan pendekatan mereka terhadap khilaf.
Item Type: | Thesis (PhD) |
---|---|
Additional Information: | Thesis (PhD) - Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2015. |
Uncontrolled Keywords: | Pentakwilan Al-Qur'an; Al-Maturidi; Al-Tabari; Islamic; Perkataan takwil; Khilaf |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education |
Divisions: | Academy of Islamic Studies |
Depositing User: | Mrs Nur Aqilah Paing |
Date Deposited: | 01 Dec 2015 15:50 |
Last Modified: | 25 Nov 2021 07:56 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5951 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |