Pentafsiran makna Hadis dalam buku haji dan umrah: Analisis pragmatik dan tematik / Anzaruddin Ahmad

Anzaruddin, Ahmad (2015) Pentafsiran makna Hadis dalam buku haji dan umrah: Analisis pragmatik dan tematik / Anzaruddin Ahmad. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (2168Kb) | Preview

    Abstract

    Penelitian ini menggabungkan kajian lapangan dan kepustakaan. Pengumpulan data dibuat menggunakan metod tinjauan melalui borang soal selidik untuk kajian lapangan, dan metod dokumentasi untuk kajian kepustakaan dengan mengenal pasti Hadis-Hadis yang selafaz, semakna dan / atau setema daripada sejumlah kitab-kitab klasik dan moden. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti kekeliruan dan salah faham dalam kalangan jemaah Malaysia khususnya GPMM (Golongan Profesional Melayu Muslim) yang baru pulang daripada haji bagi tahun 2012 M, serta menghuraikan penyebab kepada berlakunya kekeliruan dan salah faham itu. Kemudian, dengan menggunakan kaedah pragmatik (Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson) dan Hadis tematik, kajian ini cuba menilai sejauh mana ketepatan pentafsiran makna Hadis yang dibuat oleh Jawatankuasa Penyediaan Buku Panduan (JPBP) Lembaga Urusan Tabung Haji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kekeliruan dan salahfaham GPMM terjadi disebabkan pentafsiran makna Hadis yang kurang tepat serta kurang komprehensif dalam buku panduan tersebut. Pentafsiran makna yang kurang tepat dan kurang komprehensif itu pula berlaku kerana JPBP kurang mengambil kira pelbagai unsur pragmatik dalam Hadis-Hadis tersebut di samping tidak menerapkan pendekatan Hadis tematik. JPBP juga didapati sangat kurang merujuk kepada kitab-kitab syarah Hadis karya para ‘ulamā' silam dan masa kini. Kajian dijalankan ke atas buku panduan IHUZ terbitan LUTH. Buku ini dipilih kerana ia diberikan kepada setiap jemaah haji Malaysia yang berdaftar dengan LUTH. Ia merupakan satu-satunya buku yang diberi kebenaran oleh Kementerian Waqaf dan Haji Arab Saudi untuk dibawa ke Tanah Suci. Maknanya, semua jemaah haji Malaysia yang berjumlah 29 ribu orang (kuota berubah dari tahun ke tahun) akan dapat mengambil manfaat daripada buku panduan ini jika kandungannya dapat diberi nilai tambah. Demikian juga jika terdapat kelemahan dan kekurangan maka kesemua jemaah juga akan terkena tempiasnya.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) - Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Pentafsiran; Makna Hadis; Buku haji dan umrah; Pragmatik; Tematik
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    P Language and Literature > PJ Semitic
    Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 07 Nov 2015 16:28
    Last Modified: 25 Nov 2021 02:38
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/5975

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item