Elemen pemikiran kritis menurut perspektif Al-Quran: kajian surah Al-Rum / Zainoriah Kadri

Zainoriah, Kadri (2015) Elemen pemikiran kritis menurut perspektif Al-Quran: kajian surah Al-Rum / Zainoriah Kadri. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Full Text)
Download (6Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini bertajuk Elemen Pemikiran Kritis Menurut Perspektif Al-Quran: Kajian Surah Al-RËm. Objektif utama kajian ialah mengkaji elemen asas, utama dan dua elemen aras tinggi pemikiran kritis berdasarkan istilah-istilah al-Quran. Ia juga menyelidik latar belakang surah al-RËm serta perkaitannya dengan konsep pemikiran kritis, dari perspektif barat dan juga al-Quran. Objektif terakhir, meneliti penggunaan istilah, elemen, tema serta metode paparan aspek-aspek pemikiran kritis, sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-RËm. Kajian ini berbentuk penyelidikan keperpustakaan dan bersifat kualitatif. Metode pengumpulan data menggunakan kitab al-Quran sebagai sumber primer. Ia suatu kajian al-Quran berbentuk mawÌË‘Ê. Proses penganalisisan data menggunakan metode induktif dan deduktif serta metode analisis isi kandungan terhadap istilah-istilah al-Quran yang mempunyai medan semantik yang sinonim atau terangkum di dalam maksud setiap elemen pemikiran kritis. Dapatan kajian menghasilkan empat elemen pemikiran kritis berasaskan al-Quran. Elemen asas, merupakan dasar kepada idea pemikiran kritis al-Quran berkisar kepada suatu sintesis aktiviti melibatkan pendengaran, penglihatan dan perenungan. Istilah al-Quran yang tergolong dalam kumpulan ini ialah kata سَ غّْ (sam‘), صََٔذ (naÎat), أرُْ (udhun), ظََٔش (naÐar), سَاَة (rÉ’a), ثَصَش (baÎar), شََٙبدح (syahÉdah), ػَ ١ْٓ (‘ayn), طَشْف (Ïarf), َٚػَٝ (wa‘É), لَ تٍْ (qalb) dan فُئَاد (fu’Éd). Elemen utama pemikiran kritis al-Quran menekankan proses berfikir secara serius, terfokus dan mendalam. Istilah di dalam klasifikasi ini ialah kata رَفىّش (tafakkur), رِوْش (dhikr), ػَمًْ (‘aql), رَذَثّش (tadabbur), ف دَّٙ (tafahhum) dan فِمْ (fiqh). Elemen aras tinggi pertama pemikiran kritis al-Quran mengetengahkan kepentingan mempunyai atau mendatangkan bukti, keterangan atau dalil sebagai sokongan penghujahan. Istilah dalam kategori ini pula ialah سُ طٍَْبْ (sulÏÉn), ثُشْ بَ٘ (burhÉn), دَ ١ٌِ (dalÊl), ؽُ جَّ غخ ةٌ (Íujjah), ثَ ١ِّ خَٕةٌ (bayyinah), ثَصِ ١شَحةٌ (baÎÊrah), آ ٠َخ (Éyah), ػَلََ خَِ (‘alÉmah) dan ػِ (‘ilm). Dan terakhir, elemen aras tinggi kedua pemikiran kritis al-Quran ialah kesediaan dan kemampuan mengambil pelajaran, pengiktibaran dan peringatan. Istilah-istilahnya ialah آ ٠َخ (Éyah), ػِجْشَح (‘ibrah), ذُِّوِش (muddakir), رِوْشَٜ (dhikrÉ), ضَِ ةٌ (mithal), اسَُْٛح (uswah), زُْٔس (nudhr), ىََٔب ةٌ ي (nakÉl), َِْٛػِظَخ (maw‘iÐah), رَجْصِشَح (tabÎirah) dan صَِٔ ١ؾَخ (naÎÊÍah). Perkataan al-RËm atau Rom atau surah al-RËm itu sendiri mempunyai beberapa perhubungan menarik dengan konsep pemikiran kritis barat dan dari perspektif Islam. Perkaitannya dengan pemikiran kritis barat dapat dilihat berdasarkan faktor bahasa, lokasi, pengasas konsep pemikiran kritis barat atau moden, pemerintah kerajaan Byzantine ketika itu dan aspek sejarah. Dari perspektif Islam pula, surah al-RËm mengemukakan bukti-bukti wujudnya idea pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran, dalam bentuk istilah, elemen, tema dan metode paparannya, sama ada ia diperlihatkan secara tersurat atau tersirat. Bakal dibincangkan dengan mendalam dan panjang lebar mengenai kesemua aspek yang disebutkan ini, sebagaimana yang terpapar di dalam surah ini. Kewujudan istilah, elemen, tema dan metode paparan aspek-aspek pemikiran kritis di dalam al-Quran serta pendetailannya, secara eksplisit atau implisit, khususnya di dalam surah al-RËm ini, membuktikan bahawa konsep pemikiran kritis menurut perspektif al-Quran bukan suatu bentuk pemikiran yang asing dan baru di dalam sejarah perkembangan pemikiran Islam.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (Ph.D.) - Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2015.
    Uncontrolled Keywords: Elemen pemikiran kritis; Surah Al-Rum; Al-Quran
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mrs Nur Aqilah Paing
    Date Deposited: 02 Mar 2016 17:24
    Last Modified: 02 Mar 2016 17:24
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6132

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item