Peranan Majelis Permusyawaratan Ulama dalam sistem pemerintahan Aceh / Muhammad Suhaili Sufyan

Muhammad Suhaili, Sufyan (2016) Peranan Majelis Permusyawaratan Ulama dalam sistem pemerintahan Aceh / Muhammad Suhaili Sufyan. PhD thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF
Download (4Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini mengkaji tentang Peranan Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) dalam Sistem Pemerintahan Aceh. Sesuai dengan peruntukan undang-undang, ulama sangat diharap peranannya dalam memastikan pemerintah Aceh sentiasa mengikut lunas-lunas syariat. Untuk melaksanakan peranannya, MPU perlu memiliki strategi dan usaha yang jelas sehingga peranan mereka dapat dilaksana dengan baik. Tujuan utama kajian ini untuk menganalisis strategi MPU dalam sistem Pemerintahan Aceh dan usaha mereka dalam menyahuti segala cabaran. Kajian ini juga turut menghuraikan konsep, peranan dan proses penglibatan ulama secara rasmi dalam sistem pemerintahan. Ia juga mengkaji peranan MPU dalam sistem pemerintahan Aceh berasaskan perundangan yang sedia ada. Kajian ini termasuk dalam kategori kajian kualitatif yang bersifat eksplorasi dan historis yang dipaparkan secara deskriptif. Data-data dikumpulkan dari dua sumber utama iaitu data perpustakaan dan temu bual. Data perpustakaan dikumpulkan dari pelbagai jenis dokumen bertulis dan elektronik yang berkaitan dengan subjek kajian sama ada buku, jurnal, artikel, tesis, disertasi, kertas kerja/prosiding seminar dan laman web. Data perpustakaan dijadikan asas untuk mengkaji sejarah pembabitan ulama dalam sistem pemerintahan Aceh. Data tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisa kandungan (content analysis) dan tematik. Sementara temu bual pula adalah bertujuan untuk mendapat sumber utama berkenaan dengan peranan MPU dalam sistem pemerintahan Aceh. Temu bual dilakukan secara mendalam (in-depth interview) menggunakan kaedah temu bual semi berstruktur dengan menyiapkan terlebih dahulu senarai soalan yang akan ditanyakan sebagai kawalan temu bual. Ketika temu bual dijalankan, soalan-soalan yang berkaitan akan dikembangkan mengikut kesesuaian. Hasil temu bual dibuatkan transkrip dan kemudian dilakukan pengesahan dengan merujuk kepada sumber-sumber bertulis mahupun dengan menanyakan soalan yang serupa kepada beberapa sumber. 12 orang koresponden telah ditemu bual untuk keperluan kajian ini dari berbagai latarbelakang yang dianggap memahami masalah kajian. Kajian ini mendapati bahawa peranan ulama dalam sistem pemerintahan memiliki asas yang cukup kuat sama ada dari perspektif hukum syara` mahupun amalannya dalam sejarah sistem pemerintahan Aceh. MPU memiliki tugas, wewenang dan fungsi yang sangat jelas disebutkan dalam Qanun No. 2 tahun 2009. Namun untuk menjalankan peranannya, MPU masih memiliki keterbatasan dalam undang-undang pada tahapan pelaksanaannya, sehingga peranannya belum sepenuhnya dapat dilaksanakan. Terdapat juga masalah pemahaman keagamaan yang tidak sama di antara sesama pihak berkuasa. Dalam menjalin hubungan dengan pemerintah, strategi utama MPU adalah mengelakkan berlakunya sebarang konfrontasi dan memilih jalan hikmah dengan mengawal diri serta selektif dalam mengeluarkan fatwa sambil berusaha melengkapi undang-undang yang diperlukan. Usaha lain yang dilakukan adalah dengan menyiapkan ulama pelapis dan bersikap terbuka kepada organisasi ulama lain yang ada di Aceh.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Uncontrolled Keywords: Administration system; Majelis Permusyawaratan Ulama, Acheh
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
    J Political Science > JF Political institutions (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Miss Dashini Harikrishnan
    Date Deposited: 27 Sep 2016 12:38
    Last Modified: 27 Sep 2016 12:38
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/6727

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item