Sosio-ekonomi pekerja-pekerja kilang cat kawasan perusahaan Larkin, Johor Bahru / Anuar Pandak Ahmad

Anuar Pandak, Ahmad (1983) Sosio-ekonomi pekerja-pekerja kilang cat kawasan perusahaan Larkin, Johor Bahru / Anuar Pandak Ahmad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah ini yang bertajuk Sosio-ekonomi pekerja-pekerja kilang cat mempunyai tujuh bab. Setiap bab mempunyai isi kandungan yang tersendiri berdasarkan kepentingan-kepentingan yang perlu ada di dalam sesuatu bab. Di bawah ini, pengkaji meringkaskan tiap-tiap isi kandungan di dalam tiap-tiap bab. Di dalam bab I, pengkaji menerangkan tentang pengenalan dan tujuan-tujuan kajian kes ini. Seterusnya metod kajian juga diketengahkan. Antara perkara-perkara yang termasuk di dalam bab ini ialah cara-cara mengumpulkan data termasukalah “research design” yang di gunakan di dalam bab ini. Dalam bab II, aspek-aspek pekembangan majikan diperbincangkan. Di antara perkara yang disentuh ialah sejarah penubuhan kilang dan perkembangannya. Modal, untung rugi, lokasi kilang juga diterangkan dengan teliti. Selain itu, aspek-aspek yang berhubungan dengan organisasi dan pentadbiran juga disentuh. Seterusnya pengkaji membicnangkan aspek-aspek pengeluaran dari jenis-jenis hasil pengeluaran kilang ini, cara-cara memproses hinggalah kepada bahan-bahan mentah yang digunakan. Teknologi, tenaga buruh dan pemasaran juga diketengahkan di dalam bab II ini. Antara aspek-aspek yang dibicarakan di dalam bab ketiga ialah yang berhubungan dengan pekerja-pekerja. Segala punca pendapatan pekerja-pekerja dan potongan yang dikenakan dinyatakan satu persatu. Selain dari itu, kemudahan-kemudahan yang diterima oleh pekerja-pekerja juga ada dibincangkan seperti cuti, pengangkutan, kesihatan dan mengani masa rehat mereka. Bab IV menyentuh tentang pekerja-pekerja secara lebih terperinci. Latarbelakang mereka diperbincangkan dari aspek-aspek seperti umur, jantina, bangsa, status perkahwinan, tanggungan, taraf pendidikan, latarbelakang tempat tinggal dan pengenalan bekerja pekerja-pekerja. Berikutan dari itu, pengkaji menyentuh pula aspek-aspek pekerjaan pekerja-pekerja. Antara yang disentuh itu ialah jenis kerja yang dilakukan, sikap terhadap kerja mereka, menentukan kadar kerja, pekerjaan berat atau ringan, pendapatan dan perbelanjaan, jaminan pekerjaan, status kerja, peluang kenaikan pangkat, kebebasan mobiliti, keselamatan semasa berkerja dan masa lapang mereka. Cuma dua aspek perbincangan yang terdapat di dalam bab V. Kedua-dua aspek tersebut ialah bayaran majikan terhadap para pekerja dan tumpuan majikan. Di sini pengkaji cuba memperlihatkan corak layanan dan apakah jenis layanan yang diberikan oleh majikan. Tumpuan majikan iaitu sama ada pada keuntungan atau kebajikan pekerja-pekerjanya juga dibincangkan dengan panjang lebar di dalam bab ini. Tegasnya, di dalam bab ini, hubungan pekerja-majikan diperbincangkan dan sekaligus soal-soal layanan majikan turut terlibat. Jika di dalam bab V pengkaji membincangkan layanan majikan kepada pekerja-pekerjanya, maka di dalam bab VI pula pengkaji membicarakan tentang sikap atau tindakbalas pekerja-pekerjanya terhadap layanan yang diberikan oleh majikan. Pandangan pekerja-pekerja tentang Kesatuan Sekerja juga dipersoalkan. Bab VII yang merupakan bab terakhir pengkaji membri kesimpulan tegas, cadangan-cadangan dan kelemahan-kelemahan yang berhubungan dengan kajian kes ini. Seterusnya garis panduan untuk pengkaji-pengkaji akan datang juga dinyatakan di dalam bab ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1982/1983.
    Uncontrolled Keywords: Sosio-ekonomi; Pekerja kilang cat; Kenaikan pangkat; Pekerja-majikan; Kesatuan Sekerja
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Jan 2020 07:43
    Last Modified: 20 Feb 2020 05:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10648

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item