Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor sebagai sebuah agensi pembangunan negeri / Noraini Mohd Zain

Noraini , Mohd Zain (1985) Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor sebagai sebuah agensi pembangunan negeri / Noraini Mohd Zain. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini menekankan tentang peranan pembangunan yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) bagi tujuan pembangunan negeri johor. Matlamat serta pendekatan pembangunan PKENJ adalah selaras dengan matlamat dan pendekatan negara iaitu melalui strategi yang terkandung dalam DEB yang mendukung 2 cita-cita iaitu: 1. Membasmi kemiskinan 2. Menyusun semula masyarakat Oleh itu, pengkaji membahagikan dan menghuraikan penulisan ini kepada lima bab di mana setiap bab akan membicarakan perkara-perkara tertentu. Dalam bab I iaitu bab pendahuluan kepada kajian, pengkaji cuba menghuraikan serba ringkas tentang tujuan dan kepentingan kajian, metod-metod yang digunakan dalam kajian, batas-batas dan penulisan serta serba sedikit masalah yang dihadapi sepanjang pangkaji menjalankan kajian. Dalam bab II merupakan bahagian yang membicarakan tentang ideologi atau teori-teori dan pendekatan yang disentuh adalah menurut pandangan yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana barat dan juga tempatan. Dalam bab ini juga dihuraikan serba ringkas mengenai latarbelakang negeri Johor dan juga latarbelakang kepada penubuhan PKENJ itu sendiri. Objektif serta kedudukan organisasi PKENJ juga disentuh secara ringkasnya. Seterusnya dalam bab III pengkaji menghuraikan projek-projek yang dijalankan oleh PKENJ dalam yempoh masa antara tahun 1970 hingga 1982. Oleh itu, pengkaji menerangkan pencapaian dari projek-projek yang dilaksanakan bagi tempoh 12 tahun penubuhannya. Bab IV merupakan bab yang menilai sejauhmana tercapainya pembangunan berdasarkan pencapaian objektif dan pendekatan pembangunan oleh PKENJ iaitu: 1. Membasmi kemiskinan 2. Menyusun semula masyarakat 3. Membina sebuah organisasi yang teguh berdaya maju dan berdikari Di sini, pengkaji juga cuba mengemukakan masalah-masalah yang melemahkan atau menjadi penghalang kepada pencapaian matlamatnya. Dalam bab akhir ini iaitu bab V, pengkaji cuba menyimpulkan setakat mana kejayaan dan erti pembangunan yang ditepati oleh PKENJ terhadap rakyat dan negeri Johor. Di samping itu beberapa pendapat dan saranan cuba pengkaji kemukakan di sini

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor; Kemiskinan; Sosio-ekonomi; DEB; Pembangunan ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Dec 2019 07:30
    Last Modified: 18 Jan 2020 10:28
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10741

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item