Nurdiana, Abdul Kuddus (2005) Mywealth: Personal Wealth Management System / Nurdiana Abdul Kuddus. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (30Mb) | Preview |
Abstract
Dewasa ini, wang ringgit merupakan faktor yang penting untuk menjamin keselesaan dan kebahagiaan individu ataupun keluarga. Walaubagaimanapun, kebanyakan orang merungut akan ketiadaan wang yang cukup untuk menampung kehidupan yang tarafnya semakin meningkat hari demi hari. Dengan itu tercetuslah idea untuk membangunkan Sistem MyWealth. Sistem ini adalah sistem yang berasaskan web yang dibangunkan untuk membantu sesiapa sahaja yang mengalami masalah dalam menguruskan kewangan. Skop sistem ini adalah sangat luas. Sistem ini boleh digunakan oleh semua orang tidak mengira status kaya atau miskin, tua atau muda, yang bekerja atau yang tidak bekerja dan sebagainya. Sistem MyWealth akan menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk merancang perbelanjaan pengguna tidak mengira secara bulanan atau pada bila-bila masa dengan teratur dan teliti. Pengguna boleh mencetak laporan perancangan perbelanjaan ini untuk dijadikan panduan dalam menentukan aliran wang keluar. Selain itu, dengan terbangunnya sistem ini juga akan dapat menggantikan cara pengurusan kewangan yang konvensional, di mana tiada lagi penggunaan buku atau fail untuk mencatatkan perbelanjaan. Pengurusan kewangan yang sistematik akan dapat mengurangkan sifat boros di dalam diri pengguna kerana mereka tahu bagaimana kedudukan kewangan mereka yang sebenarnya. Selain itu, sistem ini juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran pengguna untuk memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi individu yang lebih baik dan stabil dari segi kewangan.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2005. |
Uncontrolled Keywords: | Mywealth; Personal Wealth Management System; Data management |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science T Technology > T Technology (General) |
Divisions: | Faculty of Computer Science & Information Technology |
Depositing User: | Mr Mahadie Ab Latif |
Date Deposited: | 21 Feb 2020 07:36 |
Last Modified: | 21 Feb 2020 07:36 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10948 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |