Konsep halalan tayyiban dan aplikasinya dalam kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana dalam industri halal di Selangor / Khairul Anuwar Mustaffa

Khairul Anuwar , Mustaffa (2017) Konsep halalan tayyiban dan aplikasinya dalam kalangan pengusaha industri kecil dan sederhana dalam industri halal di Selangor / Khairul Anuwar Mustaffa. PhD thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (144Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (3586Kb) | Preview

      Abstract

      Kajian yang bertajuk Konsep Halalan Tayyiban dan Aplikasinya dalam Kalangan Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana dalam Industri Halal di Selangor ini bertujuan menganalisis pengertian konsep halalan tayyiban menurut perspektif Syariah dan Ekonomi dan bagaimana ia telah membentuk aplikasinya di dalam industri halal di Malaysia. Dengan wujudnya MS1500:2009, Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM), Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dan Sistem Jaminan Halal (SJH) dilihat sebagai aplikasi penting yang mengukuhkan tahap amalan halalan tayyiban dalam kalangan pengusaha dalam industri halal. Sehubungan dengan itu, kajian ini dapat melihat dengan lebih dekat bagaimana aplikasi yang diwujudkan memberi impak terhadap pengusaha bertaraf Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya di Selangor. Pendekatan kajian ini adalah berdasarkan kaedah kualititatif dengan memberi tumpuan terhadap takrifan istilah halalan tayyiban sendiri yang telah membentuk konsep dan aplikasinya yang dibangunkan melalui sistem pensijilan halal, sistem jaminan halal, pematuhan standard kebersihan dan kualiti makanan serta peraturan yang berkaitan kawalan produk halal. Ia melibatkan pengumpulan data melalui kajian pustakaan, direktori e-halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), yang diikuti dengan temubual dan tinjauan di lapangan. Data-data tersebut akan dianalisa dengan menggunakan kaedah analisa induktif deduktif dan perbandingan. Kajian ini mendapati, aplikasi yang dilaksanakan bagi memenuhi kehendak konsep halalan tayyiban masih tidak menyeluruh, keperluan kepada elemen kawalan kebersihan, pengurusan halal dalaman dan pematuhan kawalan halal masih di tahap sederhana. Komitmen agensi kerajaan dalam membangunkan industri halal adalah tinggi, namun strategi pembangunan pengusaha perlu ditingkatkan. Pada masa yang sama, faktor-faktor yang mempengaruhi amalan keusahawanan dalam kalangan pengusaha harus ditingkatkan seperti pengukuhan kesedaran, kemahiran, sumber yang dimiliki, insentif yang disediakan dan pelan perancangan syarikat dalam industri halal.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, University of Malaya, 2017.
      Uncontrolled Keywords: Halalan tayyiban; Sistem Jaminan Halal (SJH); Syariah; Industri halal; Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Feb 2020 03:22
      Last Modified: 10 Feb 2020 03:22
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/10962

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item