Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah

Muhammad Hisyam , Haliah (2019) Analisis wacana warkah-warkah sosial Melayu tradisi abad ke-17 hingga ke-19 / Muhammad Hisyam Haliah. Masters thesis, University of Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (191Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (1865Kb) | Preview

      Abstract

      Kewujudan warkah sosial Melayu membuktikan wujudnya komunikasi yang merentas sempadan dalam kalangan masyarakat tempatan ataupun dengan pihak asing. Namun begitu, masyarakat kini masih memandang warkah Melayu sebagai sebuah teks biasa sahaja. Kewujudan warkah Melayu menggambarkan bahawa masyarakat Melayu mampu menghasilkan wacana tersendiri. Oleh itu, kajian ini untuk menganalisis satu daripada unsur wacana, iaitu dimensi tekstual dalam warkah sosial Melayu. Kajian dimensi tekstual yang merangkumi aspek struktur teks, kohesi, nahu, dan leksikalisasi memerihalkan teks dari segi bentuk dan makna. Kajian dimensi tekstual dapat membuktikan ketinggian nilai sesepucuk warkah sebagai dokumentasi peristiwa komunikatif masyarakat Melayu. Kajian ini melibatkan kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis teks. Sebanyak 21 pucuk warkah sosial Melayu yang diperturunkan daripada sumber sekunder dijadikan bahan kajian. Selaras dengan penggunaan pendekatan kualitatif, pengolahan data berdasarkan kerangka Konseptual Wacana Tiga Dimensi oleh Fairclough (1992&1995) dan hanya menfokuskan dimensi tekstual. Struktur teks warkah sosial Melayu memperlihatkan susunan yang berurutan, iaitu dimulai dengan kepala surat, cap, kata-kata pujian, kandungan, prapenutup, dan penutup. Proses tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain sebagai sebuah kesatuan. Meskipun begitu, kewujudan variasi struktur menggambarkan bahawa komponen tersebut bukanlah bersifat mutlak. Aspek kohesi pula yang digambarkan oleh unsur rujukan, penggantian, elipsis, penghubung, pernyataan semula, dan kolokasi melihat hubungan semantik suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain untuk melahirkan sebuah teks yang utuh. Pengaplikasian aspek nahu modaliti dalam wacana warkah bertindak sebagai unsur perintah dan informasi daripada pengirim kepada sasarannya. Modaliti menyerlahkan hubungan interpersonal daripada sikap pengirim terhadap sebarang pernyataan yang dilakukan. Penumpuan leksikalisasi metafora pula memanipulasikan sejumlah kata yang terangkum daripada satu domain kepada domain yang lain. Metafora tersebut melibatkan metafora perkembangan motor, metafora cinta, metafora pertanian, dan metafora nasib. Kesimpulannya, wacana warkah dapat menggambarkan peristiwa komunikatif dalam konteks ketika itu yang menyerlahkan jalinan makna ideasional, interpersonal, dan teks.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, University of Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Wacana; Warkah sosial Melayu; Metafora; Struktur teks; Kohesi
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      Divisions: Academy of Malay Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 25 Mar 2020 10:08
      Last Modified: 25 Mar 2020 10:08
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11135

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item