Sistem mekanik automotif / Nur Yasmin Yahya

Nur Yasmin , Yahya (2003) Sistem mekanik automotif / Nur Yasmin Yahya. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Mekanik Automotif merupakan sebuah pakej pembelajaran yang meliputi topik Sistem kereta, peralatan membaiki kerosakan kereta, diagnosis dan pembaikian kerosakan kereta dan penyelenggaraan kereta. Sistem ini dibina khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar yang mengambil kursus automobil, mekanik pada tahap awal dan juga semua pengguna yang berminat mempelajari mengenai sistem kereta. Sistem ini akan dibangunkan mengikut kitar hayat pembangunan sistem yang meliputi peringkat perancangan, analisis, rekabentuk, peringkat pembangunan & implementasi dan operasi. Bagi mendapat gambaran mengenai sistem yang akan dibangunkan saya telah membuat kajian terhadap pelbagai jenis sistem sedia ada. Bagi membangunkan sistem ini, saya telah memilih model yang dinamakan model air terjun dan prototaip. Teknik-teknik pengumpulan maklumat yang telah digunakan ialah melalui pembacaan, gelungsuran internet, pemerhatian dan temuramah. Di peringkat analisa, saya telah mengenalpasti keperluan fungsian dan bukan fungsian bagi sistem ini. Begitu juga keperluan perkakas dan perisian bagi membangunkan sistem ini. Di peringkat rekabentuk pula saya telah membuat oerancangan bagi sistem yang bakal dibangunkan termasuklah rekabentuk senibina aplikasi, rekabentuk pangkalan daya serta rekabentuk antaramuka. Diperingkat pembangunan sistem, saya telah membangunkan sistem mengikut keperluan yang telah dinyatakan. Selepas itu, sistem diuji mengikut proses pengujian bagi memastikan sistem berjalan dengan lancar.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor's Degree) - Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem Automobil; Pembelajaran automotif; Modul pembelajaran
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 24 Mar 2020 01:20
    Last Modified: 24 Mar 2020 01:20
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11140

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item