Sistem pembelajaran Linux Redhat secara atas talian / Noradhilla Abdul Muain

Noradhilla, Abdul Muain (2005) Sistem pembelajaran Linux Redhat secara atas talian / Noradhilla Abdul Muain. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Satu daripada kemajuan yang dikecapi oleh bidang pendidikan di Negara pada masa ini adalah dengan mewujudkan satu sistem pembelajaran berasaskan computer lebih-lebih lagi yang berasaskan web. Dengan hanya capian internet, pelanggan dapat mempelajari sesuatu secara remote. Sistem pembelajaran Linux Redchat secara atas talian atau dikenali sebagai laman web Linux Redhat 9 ini merupakan satu aplikasi sistem pembelajaran berorientasikan web. Sistem ini menyediakan modul kemudahan nota-nota seperti Arahan Redchat, Iptables Redhat dan Apache. Selain dari itu juga terdapat modul maklum balas dan modul-modul sampingan seperti pautan ke laman menarik, buku-buku cadangan dan bulletin Linux yang memaparkan berita mengenai Linux dari dalam dan luar Negara selain dari contoh hands on lab. Tujuan dan kepentingan projek ini dibangunkan adalah untuk memudahkan sistem pembelajaran mengenai Linux Redchat yang semakin banyak digunakan oleh pengguna komputer dewasa ini. Ia untuk memudahkan kefahaman para pengguna baru kepada sistem Operasi Linux Redhat 9 mahupun kepada yang telah berpengalaman menggunakannya juga untuk mewujudkan pakej pembelajaran secara bermaklumat serta pengguna dapat berinteraksi diatas talian. Dalam membangunkan sistem pembelajaran Linux Redhat atas talian ini, penyelidikan model pembangunan sistem dilakukan dan metodologi yang telah dipilih ialah Model Air Terjun. Kaedah ini bersesuaian dengan sistem ini kerana ia merupakan sebuah sistem yang berasaskan web dan bersifat dinamik. Sistem ini dibangunkan dalam persekitran sistem pengedalian Windows XP. Perisian Utama yang di gunakan adalah bahasa HTML dan ASP.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree)- Faculty of Computer Science & Information Technology, 2004/2005.
    Uncontrolled Keywords: Linux Redchat; Pembelajaran atas talian; Web
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 25 Jun 2021 13:35
    Last Modified: 25 Jun 2021 13:35
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11294

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item