Sistem peperiksaan sejarah PMR online berasaskan Web / Nor Azlina Muhammad

Nor Azlina , Muhammad (2003) Sistem peperiksaan sejarah PMR online berasaskan Web / Nor Azlina Muhammad. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (33Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Peperiksaan Sejarah PMR Online Berasaskan Web (PSO) adalah satu sistem yang akan dibangunkan bertujuan untuk memberi persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baru kepada para guru dan pelajar di samping menyediakan satu sistem yang efisien dan menjimatkan masa. PSO merupakan satu sistem pengajaran dan pembelajaran berasakan web dan merupakan kombinasi yang berpandukan komputer. Konsep yang akan disampaikan adakah secara synchronously ataupun asynchronously. Secara Umumnya, sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan web dan adalah sebarang sumber pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik di mana bahan pengajaran, ujian, latihan, nota-nota dan sebagainya adalah berdasarkan web. Objektif utama membangunkan sistem PSO ini adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih menarik, melahirkan generasi celik komputer, menyediakan sistem penyemakan dan pemarkahan secara automatik melalui ujian dan kuiz mengelakkan penggunaan dokumen yang banyak kerana soalan ujian ataupun latihan adalah secara online, mengelak berlakunya penipuan semasa ujian dan memudahkan penilaian keputusan pelajar. Sistem Peperiksaan Online dibangunkan bagi menyediakan kemudahan dan manfaat kepada guru-guru, para pelajar dan ibu bapa. Bagi guru-guru, sistem ini menjimatkan masa guru dalam proses penyemakan an pemarkahan kertas peperiksaan. Bagi para pelajar, sistem ini dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk membuat latihan serta mencapai nota dari rumah manakala bagi ibu bapa pula, sistem ini memudahkan mereka memantau aktiviti anak-anak dan dalam masa yang sama dapat menilai pretasi anak-anak melalui latihan yang dijalani secara dalam talian.Sistem PSO ini akan dibangunkan menggunKn platform Windows 98 dan menggunakan Ms SGL Server sebagai palayan pangkalan datanya. Bagi antaramuka sistem ini pula perisian Dreamweaver akan digunakan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang menarik serta mudah digunakan. Secara keseluruhannya sistem ini akan dibangunkan untuk memanfaatkan teknologi maklumat yang diaplikasikan ke atas persekitaran pengajaran dan pembelajaran masa kini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree)- Faculty of Computer Science & Information Technology, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Sistem peperiksaan; Atas talian; Pemarkahan pelajar
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 06 Jul 2021 12:40
    Last Modified: 06 Jul 2021 12:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11318

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item