Siti Fatimah, Abdul Rahman (1992) Perceraian di kawasan tengah Daerah Besut, Terengganu dari tahun 1983 hingga 1987 / Siti Fatimah Abdul Rahman. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (9Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan perceraian seperti pola-pola perceraian, sebab-sebab yang membawa kepada perceraian, kesan-kesan perceraian dan peruntukan-peruntukan dalam Islam yang dapat mengurang dan mengatasi kesan-kesan perceraian. Selain dari itu, kajian ini juga menguji salah satu model Teori Marital Adjustment yang dikemukakan oleh Jessie Bernard iaitu Model Asimilasi. Kesemua aspek ini dibincangkan dalam 5 buah bab dalam latihan ilmiah ini, iaitu: Bab I: Bab ini membincangkan tentang latar belakang kajian seperti kepentingan kajian, objekifnya, metodologi yang digunakan dan lain-lain lagi. Bab II: Bab ini membincangkan tentang pola-pola perceraian, yang ditemui dalam kajian ini. Bab III: Bab ini mengenai sebab-sebab berlakunya perceraian dan cuba mengaitkan sebab-sebab itu dengan aspek-aspek seperti tempoh nikah, kampung asal pasangan, jenis perkahwinan yang diamalkan dan bilangan anak hasil dari perkahwinan tersebut. Bab IV: Bab ini membincangkan tentang kesan-kesan perceraian terhadap mereka yang terlibat iaitu suami, isteri, anak-anak dan keluarga kedua belah pihak. Bab ini juga mengemukakan peruntukan-peruntukan dalam Islam bagi mengurang dan mengatasi kesan dari sesuatu perceraian. Bab V: Bab ini adalah bab kesimpulan yang memuatkan semua penemuan yang didapati dari kajian ini. Adalah diharapkan latihan ilmiah ini akan dapat meningkatkan pengetahuan kita tentang perceraian dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992. |
Uncontrolled Keywords: | Teori Marital Adjustment; Perceraian; Poligami; Nafkah; Keluarga |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 08 Jul 2020 07:18 |
Last Modified: | 08 Jul 2020 07:18 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11366 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |