Perusahaan kecil (cottage industries) di Kuala Besut, Besut, Terengganu / Qalam Zainuddin

Qalam , Zainuddin (1987) Perusahaan kecil (cottage industries) di Kuala Besut, Besut, Terengganu / Qalam Zainuddin. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (10Mb) | Preview

    Abstract

    Bab I menggambarkan secara ringkas kawasan kajian iaitu Kuala Besut, Besut, Terengganu. Dalam bab ini juga menerangkan tujuan kajian serta kepentingannya. Kaedah-kaedah semasda kajian dijalankan juga diterangkan di samping masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji semasa menjalankan kajian. Bab II pula mengemukakan beberapa konsep-konsep yang berkaitan. Ini termasuklah konsep industri, konsep perusahaan kecil dan konsep kerja di dalamnya. Konsep-konsep yang dibincangkan dalam bab ini menggambarkan ciri-ciri industri kecil. Bab III mengemukakan latarbelakang responden-responden. Ini termasuklah biodata, pendidikan, pekerjaan terdahulu, tanggungan dan sebagainya. Ini didapati dari 50 orang pengusaha yang dipilih sebagai responden. Bab IV memberikan penghuraian mengenai jenis-jenis perusahaan yang terdapat di kawasan ini. Penghuraian juga dibuat mengenai proses pengeluaran bagi tiap-tiap perusahaan. Seterusnya analisa mengenai faktor-faktor pengeluaran seperti modal, teknologi, buruh, permintaan dan pemasaran. Bab ini juga turut menghuraikan analisa tentang pendapatan dan pengeluaran yang dilakukan. Bab V membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha semasa menjalankan operasi pengeluaran dan juga dalam lain-lain hal. Kesulitan dan masalah yang dibincangkan berkisar dari segi penyediaan modal, alat kelengkapan, musim, perlaksanaan oleh badan kerajaan dan lain-lain. Bab IV merupakan penutup di mana ianya cuba melihat implikasi konsep industri kecil sebagaimana yang diberi dalam bab II dengan ciri perusahaan di kawasan kajian. Seterusnya, ia mengutarakan beberapa cadangan bagi meningkatkan prestasi dan kemajuan industri di kawasan kajian.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Perusahaan kecil; Modal; Pembekalan; Operasi pengeluaran; Bahan mentah
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Feb 2021 03:08
    Last Modified: 09 Feb 2021 03:08
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11667

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item