Penglibatan orang Serani-Portugis dalam lapangan pernigaan dan perusahaan di Melaka Tengah / Michael Tan Hock Siew

Michael Tan , Hock Siew (1992) Penglibatan orang Serani-Portugis dalam lapangan pernigaan dan perusahaan di Melaka Tengah / Michael Tan Hock Siew. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (8Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu percubaan untuk meneliti kegiatan ekonomi penduduk Serani-Portugis di Melaka Tengah. Kajian ini menunjukkan penglibatan mereka dalam bidang perniagaan masih terbatas di sekitar bandar Melaka dan permasalahan yang dihadapi memerlukan bantuan dan perkhidmatan sokongan pihak kerajaan. Kajian ini menunjukkan permasalahan dan potensi masa dean yang lebih baik jika ada usaha-usaha membantu daripada pihak kerajaan. Kajian ini dibahagikan kepada 6 bab. Bab I membincangkan tentang objektif kajian, bidang kajian dan kaedah kajian. Selain itu masalah kajian dan jenis-jenis perniagaan dan perusahaan juga turut dibincangkan. Bab II perkara yang dibincangkan ialah mengenai lalarbelakang peniaga Serani-Portugis di daerah Melaka Tengah. Ini bertujuan untuk mendapat sedikit gambaran mengenai profil diri peniaga dan hubungannya dengan usaha yang sedang mereka jalankan. Perkara-perkara yang diperkatakan merangkumi biodata responden. Dalam Bab Ill pula menyentuh tentang operasi perniagaan seperti jenis-jenis kedai dan taburannya, pengalaman dalam perniagaan dan kaitan pengalaman dengan kejayaan yang diperolehi oleh mereka. Di samping itu faktor permodalan dan sumber mdoal permulaan juga turut dikaitkan dalam bab ini. Bab IV pula membincangkan tentang latarbelakang perniagaan yang sedang mereka jalankan. Antaranya ialah pengurusan kedai-kedai perniagaan, pasaran dan pelanggan, penyelenggaraan perakaunan dan kemudahan kredit dari institusi-institusi kewangan. Perkara-perkara ini adalah penting sebagai faktor-faktor yang boleh memberikan kesan kepada keseluruhan perniagaan mereka. Seterusnya dalam Bab V disentuh tentang aspek masalah yang dihadapi oleh para peniaga. Kemudian beberapa cadangan dikemukakan bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu. Antara masalah-masalah yang dihadapi itu ialah modal, masalah tenaga, masalah persaingan dan masalah bekalan. Masalah-masalah ini merupakan halangan kepada kemajuan perniagaan para peniaga. Bab VI merupakan bab penutup dan kesimpulan. Segala yang dibincangkan di dalam bab-bab yang lepas akan dibuat rumusan mengenai para peniaga di sini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992.
    Uncontrolled Keywords: Serani-Portugis; Melaka; Modal; Perniagaan; Kegiatan ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 Dec 2020 01:58
    Last Modified: 15 Dec 2020 01:58
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11671

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item