Siti Nor , Awang (1992) Bahaya pekerjaan di kalangan pekerja kilang elektronik dan kilang bukan elektronik (kajian kes di kawasan perindustrian Prai) / Siti Nor Awang. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (12Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dilakukan di kawasan Perindustrian Prai. Pada keseluruhannya ia meliputi aspek jenis-jenis bahaya dan kesan yang diperolehi oleh pekerja Kilang Elektronik dan pekerja Kilang Bukan Elektronik. Dalam erti kata lain, kajian ini cuba membuat satu tinjauan mengenai bahaya yang dialami oleh para pekerja kilang di Negara ini. Pengkaji telah membahagikan perbincangan ini kepada enam bab. Dalam Bab Pertama lebih memberi tumpuan kepada pengenalan kajian yang dilakukan. Ianya meliputi tujuan dan bidang kajian, kepentingan kajian, latar belakang kajian, metadologi serta masalah kajian. Bab kedua pula membincangkan latar belakang responden yang meliputi pekerja kategori kilang elektronik dan kilang bukan elektronik. Aspek yang diberi tumpuan meliputi jantina, bangsa, taraf perkhwinan, taraf pendidikan dan pengagihan pendapatan yang dilakukan oleh para pekerja. Seterusnya bab tiga pula membincangkan mengenai kemudahan yang disediakan oleh pikah majikan dan perlindungan undang-undang. Tanya merangkumi kemudahan kesihatan, insentif, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan akhir sekali dalam bab ini juga membincangkan mengenai akta serta ordinan yang telah digubal oleh kerajaan untuk melindungi pekerja. Bab empat membincangkan perkara utama yang menjadi tumpuan kajian ini. Ia merangkumi bahaya pekerjaan yang dialami oleh pekerja kilang elektronik dan bukan elektronik. Tumpuan juga di berikan terhadap jenis-jenis bahaya bagi kedua-dua kategori kilang yang dikaji dan perbandingan juga dibuat diantara keduaduanya. Akhir sekali dalam bab ini juga membincangkan sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya kemalangan. Seterusnya dalam bab lima pula membicarakan tentang masalah-masalah yang dihadapai oleh pekerja. Ia meliputi masalaah giliran kerja, tekanan, buruh kanak-kanak, buruh lebih umur, ancaman seks dan masalah kesann jangka panjang. Akhir sekali bab enam yang lebih merupakan rumusan kepada keseluruhan perbincangan.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1991/1992. |
Uncontrolled Keywords: | Kilang elektronik; Pendapatan; Risiko; Akta pekerja; Perusahaan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 09 Sep 2020 06:51 |
Last Modified: | 09 Sep 2020 06:51 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11709 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |