Peralatan membaca untuk golongan kurang penglihatan / Jasmin Nisya Mohd Rodi

Jasmin Nisya , Mohd Rodi (2001) Peralatan membaca untuk golongan kurang penglihatan / Jasmin Nisya Mohd Rodi. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img] PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (32Mb)

    Abstract

    Selaras dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pelbagai peisian telah wujud untuk menolong golongan yang mempunyai masalah penglihatan. Tetapi perisian yang membantu golongan ini untuk: membaca dalam teks Bahasa Malaysia belum wujud.Disebabkan itulah, mendorong saya untuk menerima tajuk ini sebagai tajuk Latihan Ilmiah I saya. Perisian ini akan dibangunkan oleh saya dan rakan saya iaitu, Nor Diyaana Muhammad Ramli. Kami bersama-sama menjalankan kajian mengenai masalah serta kekangan yang dihadapi oleh golongan ini. Projek ini dijalankan adalah untuk memenuhi keperluan projek Latihan Ilmiah I dan II. Perisian Peralatan Membaca bagi Golongan Kurang Penglihatan dalam Teks Bahasa Malaysia ini merupakan sebuah perisian yang dibangunkan untuk menolong golongan yang penglihatan terhad dapat menggunakan komputer semaksima yang mungkin untuk membaca. Secara amnya. pakej ini dibangunkan berdasarkan jadual pembangunan projek yang dirancangn. Perisian ini terdiri daripada beberapa modul, contohnya modul Fail, modul Sunting dan modul Bantuan. Perisian ini akan dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Visual Basic 6.0 serta beberapa perisian terkini yang lain. Elemen yang perlu ada dalam perisian ini adalah sistem bunyi. Kami telah memilih perisian penyunting audio Sound Forge. Dalam menghasilkan projek ini kami telah memilih metodologi RAD (Rapid Application Development). Pengunaan metodologi ini amat sesuai kerana ia menyokong prototaip. Prototaip amat penting kerana ia mudah untuk dibetulkan jika terdapat sebarang ketidakpuasahatian pengguna. Sepanjang menjalani projek ini saya amat berbesar hati kerana dapat menimba pengalaman yang sungguh bermakna. Dengan adanya projek seperti ini saya dapat mengetahui cara bagaimana apabila tiba di alam pekerjaan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree)- Faculty of Computer Science & Technology, 2000/2001.
    Uncontrolled Keywords: Peralatan membaca; Masalah penglihatan; Rapid Application Development
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Zaimi Izwan Kamarunsaman
    Date Deposited: 22 Jun 2021 09:27
    Last Modified: 22 Jun 2021 09:27
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11833

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item