Fikriah, - (1982) Satu kajian kes sosio-ekonomi kilang X / Fikriah. Undergraduates thesis, University of Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (12Mb) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai kilang X ini adalah bersifat satu kajian kes. Keseluruhan intisari kajian ini dimuatkan di dalam 6 bab. Antara perkara=perkara yang dipersoalkan ialah matlamat penubuhan kilang X,peranan majikan, peranan pekerja dan sejauhmana kejayaan telah diperoleh. Di dalam bab II pengkaji membicarakan tentang sejarah penubuhan kilang, aspek pentadbiran, aspek pekerja, proses pengeluaran dan sebagainya. Dalam bab seterusnya, dibincangkan tentang sikap majikan terhadap pekerja, organisasinya dan dikaitkan dengan beberapa masalah yang dihadapi oleh kilang. Dalam bab IV pula dititikberatkan pada latar belakang buruh dan kemudianya dikaitkan dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Dalam latar belakang peekrja antara lain aspek yang disentuh ialah umur, status perkahiwnan, taraf pendidikan, pendapatan, latarbelakang ibubapa dan sebab-sebab responden bekerja di kilang ini. Dalam soal sikap pekerja pula, dihuraikan bagaimana dan kenapa pekerja bersikap demikian dengan majikan. Kesatuan (organisasi) sekerja menjadi satu isu hangat di kilang X. Di sini pengkaji akan mengupaskan tentang penubuhan, sikap pekerja dan majikan terhadapnya, faktor kegagalan penubuhannya dan apakah masa hadapannya. Semua ini dimuatkan di dalam bab V. Dalam bab akhir iaitu bab VI pengkaji akan menyimpulakn kajianya di samping memberi kritikan dan saranan-saranan untuk mengatasi masalah-masalah yang terdapat di kilang X. Pengkaji juga memberi saranan-saranan untuk kesenangan kepada pengkaji-pengkaji akan datang.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1981/1982. |
Uncontrolled Keywords: | Kilang; Pekerja; Kesatuan sekerja; Majikan |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 18 Mar 2021 07:20 |
Last Modified: | 18 Mar 2021 07:20 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11834 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |