Pembersihan data untuk gudang data dan pelombong data / Siti Nor Fauzi Razali

Siti Nor Fauzi , Razali (2003) Pembersihan data untuk gudang data dan pelombong data / Siti Nor Fauzi Razali. Undergraduates thesis, University of Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (9Mb) | Preview

    Abstract

    Laporan ilimiah ini dihasilkan berdasarkan kajian yang telah dilakukan selama 1 semestar. Tajuk untuk kajian yang dijalankan ialah Pembersihan data untuk gudang data & pelombong data (“Noisy data’). Untuk projek ini, “Noi-z akan digunakan untuk mewakili subsistem yang akan dihasilkan. Terdapat lapan bab utama dalam laporan ini iaitu bahagian pengenalan, kajian literasi, metadologi, analisis sistem serta rekabentuk sistem, implemantasi dan pengaturcaraan, pengujian dan kesimpulan. Bahagian pengenalan akan menerangkan berkenaan objektif, skop dan beberapa pengenalan berkaitan kajian yang dijalankan. Ia turut memberi pengenalan dan difinasi akan apa itu pelombongan data, gudang data dan pembersihan data. Selain itu, bahagian pengenalan akan menerangkan serba sedikit penjadualan projek dan perancangan terhadap projek. Bahagian II pula akan menerangkan berkenaan kajian-kajian yang telah dijalankan. Bahagian ini akan menerangkan dengan lebih lanjut apa itu pembersihan data terutamanya untuk kaedah “noisy data’ (data yang hingar). Selain itu, bahagian ini akan menunjukkan kajian-kajian yang dilakukan terdahulu oleh individu lain berkaitan pembersihan data. Bahagian kajian literasi memberikan pendedahan yang lebih jelas berkaitan “apa itu pembersihan data”? Bahagian III akan menerangkan berkaitan metadologi untuk membangunkan “Noi-z”. Bahagian ini akan memperlihatkan apa perancangan yang akan dilakukan untuk membina sistem yang sedang dikaji. Antara yang akan dibincangkan dalam bahagian ini ialah apakah metadologi yang dipilih iaitu metadologi prototaip “Evolutionary”. Bab IV pula akan menerangkan keperluan-keperluan sistem, perisian dan perkakasan yang akan diperlukan dan beberapa analisa yang akan dijalankan iaitu melibatkan cadangan dan teknik yang dilakukan untuk menghasilkan sistem ini. Bab V pula akan membincangkan berkenaan rekabentuk sistem. Bahagian ini akan menerangkan idea awal untuk menghasilkan sistem iaitu bahagian antaramuka sistem dan bahagian pangkalan data. Turut disertakan ialah lakaran awal untuk rekabentuk antaramuka pengguna. Bahagian VI akan membincangkan tentang kaedah implemntasi yang digunakan dan proses pengaturcaraan. Beberapa kod yang penting turut disertakan bagi memperlihatkan perlaksanaan proses pengaturcaraan. Perisian dan perkakasan yang digunakan turut dinyatakan. Bab VII membincangkan kaedah pengujian yang dijalankan sepanjang penghasilan sistem. Ia juga membincangkan penilaian ke atas sistem iaitu kelebihan dan kelemahan sistem ini. Bahagian terakhir pula merupakan rumusan dimana dinyatakan masalah yang dihadapi serta langkah-langkah mengatasinya. Turut disediakan ialah cadangan-cadangan bagi membaiki lagi kursus ini akan kesimpulan keseluruhan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, University of Malaya, 2002/2003.
    Uncontrolled Keywords: Pembersihan data; Noisy data; Proses pengaturcaraan; Antaramuka pengguna; Rekabentuk sistem
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 07 Apr 2021 02:41
    Last Modified: 07 Apr 2021 02:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/11893

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item