Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah

Muhammad Fuad , Abdullah (2020) Tahap kemiskinan masyarakat Orang Asli melalui pendekatan model kemiskinan multidimensi di Malaysia: Kajian kes di Terengganu / Muhammad Fuad Abdullah. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (203Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis PhD)
    Download (2529Kb) | Preview

      Abstract

      Kemiskinan dan ketidakseimbangan sosioekonomi merupakan suatu fenomena global yang perlu ditangani dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Namun begitu, pengukuran kemiskinan unidimensi (pendapatan atau perbelanjaan) melalui purata pendapatan garis kemiskinan (PGK) digunakan di Malaysia tidak menggambarkan kekurangan dan taraf hidup sebenar masyarakat. Pendekatan pengukuran kemiskinan multidimensi yang diperkenalkan oleh United Nations Development Programme (UNDP) merupakan metode yang lebih sesuai digunakan dalam mengukur kemiskinan sebenar masyarakat kerana ia melibatkan pelbagai dimensi dan indikator. Oleh yang demikian, kajian ini telah mengaplikasikan kaedah pengukuran kemiskinan multidimensi menggunakan empat dimensi dengan 17 indikator terhadap masyarakat Orang Asli di Terengganu, Malaysia. Objektif kajian ini adalah 1. Untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah sosioekonomi dengan PGK bagi masyarakat Orang Asli di Terengganu; 2. Untuk mengenal pasti dimensi dan indikator kemiskinan yang menyebabkan kemiskinan masyarakat Orang Asli di Terengganu; dan 3. Untuk menentukan indeks kemiskinan menggunakan IKM bagi perkampungan masyarakat Orang Asli di Terengganu. Hasil kajian mendapati hanya terdapat tiga pemboleh ubah sosioekonomi yang mempunyai hubungan signifikan dengan PGK iaitu pendidikan, jenis pekerjaan dan dividen FELCRA. Menerusi pengukuran kemiskinan multidimensi, kekurangan tertinggi adalah dalam dimensi kekayaan diikuti pendidikan dan taraf hidup. Kajian ini juga mendapati, kekurangan tertinggi adalah dalam indikator ternakan komersial diikuti pengurusan sampah, tahun tamat persekolahan dan pendapatan. Selain itu, indeks kemiskinan IKM paling tinggi adalah di Kampung Sungai Pergam, Kemaman (3.9%) pada garis pemisah k=9 berbanding kampung-kampung lain. Oleh yang demikian, pendekatan kemiskinan multidimensi merupakan suatu kaedah pengukuran kemiskinan yang bersifat komprehensif dan mampu menunjukkan tahap kemiskinan sebenar kelompok masyarakat yang dikaji berbanding menggunakan kaedah pengukuran unidimensi. Hasil kajian ini membuktikan masyarakat Orang Asli khususnya di Terengganu masih lagi miskin walaupun matlamat pembangunan lestari menunjukkan tahap kesejahteraan hidup di Malaysia adalah baik. Kajian ini adalah penting kepada kerajaan khususnya JAKOA dan pembuat polisi dalam memberikan bantuan serta melaksanakan program pembasmian kemiskinan yang efektif kepada Orang Asli.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Institute of Advanced Studies, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Kemiskinan; Multidimensi, Kekurangan; Orang Asli; Terengganu; Ketidakseimbangan sosioekonomi
      Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
      H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
      Divisions: Institute of Advanced Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 04 Mar 2021 08:08
      Last Modified: 03 Jan 2023 06:51
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12085

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item