Penjagaan aurat dan pengamalan solat dalam kalangan atlet murid Sekolah Sukan Negeri Perak / Faiz Syahrin Abdul Muin

Faiz Syahrin , Abdul Muin (2018) Penjagaan aurat dan pengamalan solat dalam kalangan atlet murid Sekolah Sukan Negeri Perak / Faiz Syahrin Abdul Muin. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (2595Kb) | Preview

    Abstract

    Sekolah Sukan Negeri merupakan satu institusi pendidikan diwujudkan bagi melahirkan atlet murid yang cemerlang dari aspek akademik dan sukan elit serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun demikian, terdapat dalam kalangan atlet murid yang mendedahkan aurat serta meninggalkan solat meskipun telah diberi penekanan dalam silibus kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah. Kajian ini bertujuan mengetahui kefahaman, pengamalan, faktor-faktor yang mempengaruhi serta hubung kait di antara kefahaman dengan amalan melalui Kurikulum Pendidikan Islam dalam aspek aurat dan solat dalam kalangan atlet murid. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik mengandungi lima skala likert yang diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 23 di mana sampel kajian tersebut terdiri daripada 162 orang yang mewakili keseluruhan 260 atlet murid di Sekolah Sukan Negeri Perak . Dapatan daripada soal selidik berkenaan mendapati bahawa min kefahaman atlet murid di Sekolah Sukan Negeri Perak terhadap aurat dan solat berada pada tahap sangat tinggi. Faktor utama yang mempengaruhi penjagaan aurat dan pengamalan solat adalah jati diri daripada didikan awal ibu bapa diikuti dengan guru, jurulatih dan persekitaran institusi pendidikan. Kefahaman terhadap aurat dan solat mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penjagaan aurat dan pengamalan solat atlet murid.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Penjagaan aurat; Pengamalan solat; Atlet murid; Sekolah sukan negeri
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Oct 2021 02:52
    Last Modified: 21 Oct 2021 02:52
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12524

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item