Khairul Salleh , Ahmad (1990) Peranan dan sumbangan FELCRA di dalam pembangunan sosio-ekonomi masyarakat luar Bandar. Satu kajian di Rancangan FELCRA Belimbing Tolak, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman / Khairul Salleh Ahmad. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (7Mb) | Preview |
Abstract
Latihan ilmiah ini mengandungi V bab. Bab pertama, pengkaji membincangkan secara ringkas tentang konsep pembangunan tanah di Malaysia, tujuan dan kepentingan kajian, methodology kajian, masalah kajian dan batasan kajian. Bab kedua membicarakan tentang peranan FELCRA dalam menyatu, memulih dan membangunkan tanah di Malaysia. Di dalam ini juga, pengkaji memasukkan fungsi dan program-program yang dijalankan oleh FELCRA. Selain dari itu, dibincangkan mengenai sumber kewangan dan organisasi FELCRA di peringkat nasional. Bab ketiga merupakan bab kajian. Dalam bab ini, pengkaji membicangkan mengenai angkubah-angkubah sosio-ekonomi peserta di FELCRA Belimbing Tolak. Ini termasuklah demograsi pedapatan, perbelanjaan, tabungan, kegiatan-kegiatan sosio-ekonomi dan kemudahan/keperluan asas yang dinikmati oleh peserta. Angkubah-angkubah ini diambil kira sebagai “alat” pengukur pembangunan sosio-ekonomi. Bab ke empat pula memperkatakan tentang konsep dan pengukuran kemiskinan. Pemgkaji telah mengambil beberapa pendapat daripada sarjana-sarjana yang terkenal untuk menghuraikan konsep tersebut. Di samping itu, dalam bab ini juga ada membentangkan tentang pengukuran taraf sosio-ekonomi di tempat kajian. Sementara bab akhir merupakan kesimpulan kajian dan pengkaji mengemukakan beberapa saranan dan cadangan yang praktikal yang boleh meningkatkan produktiviti dan sedikit sebanyak akan dapat mengatasi/mengurangkan kadar kemiskinan pekebun-pekebun kecil khususnya di kawasan kajian.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1989/1990. |
Uncontrolled Keywords: | FELCRA; Pembangunan tanah; Sosio-ekonomi; Produktiviti; Kemiskinan |
Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 10 Nov 2021 01:36 |
Last Modified: | 10 Nov 2021 01:36 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12595 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |