Analisis konflik di antara keputusan penghakiman anak tak sah taraf di mahkamah syariah Terengganu dengan fatwa di Malaysia / Muhammad Mustafa Kamarudin

Muhammad Mustafa, Kamarudin (2019) Analisis konflik di antara keputusan penghakiman anak tak sah taraf di mahkamah syariah Terengganu dengan fatwa di Malaysia / Muhammad Mustafa Kamarudin. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (1824Kb) | Preview

    Abstract

    Penasaban anak tak sah taraf kepada bapa biologi merupakan suatu yang bertentangan dengan fatwa dan juga Undang-undang Keluarga Islam di kebanyakan negeri di Malaysia. Justeru, kajian ini menganalisis konflik yang berlaku di antara keputusan fatwa dengan keputusan Mahkamah Syariah di Terengganu serta implikasinya yang menasabkan anak tak sah taraf kepada bapa biologi untuk urusan keduniaan. Hubungan antara institusi fatwa dan Mahkamah Syariah turut dibincangkan selain pandangan fuqaha terhadap status nasab anak tak sah taraf. Kaedah analisis kandungan dan metode komparatif digunakan terhadap ulasan penghakiman serta kertas-kertas kerja fatwa penasaban anak tak sah taraf bagi meneliti konflik yang berlaku. Hasil kajian mendapati keputusan mahkamah bertentangan dengan fatwa bahkan tidak sempurna dalam memberi penyelesaian terhadap maṣlaḥah anak yang menghadapi tekanan hidup kerana ternafinya nasab. Isu perwalian dan perwarisan yang tidak jelas dari sudut dokumentasi dan praktikal menyebabkan keputusan penghakiman perlu dirujuk semula agar memberi maṣlaḥah yang tepat terhadap isu penasaban anak tak sah taraf.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Anak tak sah taraf; Maqasid syariah; Mahkamah Syariah; Fatwa; Nasab
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 17 Jan 2022 08:31
    Last Modified: 17 Jan 2022 08:31
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12666

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item