Penjanaan ekonomi masjid menerusi aktiviti perniagaan: Kajian di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Amru Alhaz Adnan

Amru Alhaz , Adnan (2020) Penjanaan ekonomi masjid menerusi aktiviti perniagaan: Kajian di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Amru Alhaz Adnan. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (3768Kb) | Preview

    Abstract

    Hubungan di antara masjid dan ekonomi amat berkait rapat mengambil kira sebahagian fungsi asalnya sebagai pusat perkembangan ekonomi masyarakat Islam. Namun begitu kebergantungan institusi masjid kepada sumber pendapatan tradisi mengakibatkan institusi masjid tidak mampu melaksanakan fungsinya secara menyeluruh. Oleh yang demikian, penjanaan ekonomi masjid menerusi aktiviti perniagaan merupakan alternatif terbaik dalam memastikan kelestarian sumber pendapatannya. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis sumber pendapatan, aktiviti serta faktor kejayaan perniagaan masjid-masjid kariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL). Dalam kajian ini, data-data penyata kewangan tahunan rasmi selama tiga tahun (2014-2016) bagi dua belas buah masjid yang mewakili enam buah pusat pentadbiran zon di WPKL telah dikumpulkan. Temu bual juga turut dilakukan terhadap dua belas informan yang terlibat langsung dengan pengurusan masjid. Seterusnya data-data terkumpul ini dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan dan dibuat secara tematik. Hasil kajian menunjukkan sumber ekonomi utama masjid-masjid WPKL adalah bersumberkan pendapatan tradisi di samping sebahagian pendapatan diperoleh menerusi aktiviti perniagaan. Masjid-masjid yang terletak di pusat bandar memperoleh pendapatan perniagaan yang lebih baik berbanding masjid di kawasan perumahan. Selanjutnya, aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh masjid didapati terhad kepada sewaan aset fizikal disebabkan oleh kekangan daripada aspek peraturan, persepsi negatif penduduk sekitar dan mentaliti pengurusan masjid. Seterusnya kajian mendapati terdapat empat faktor utama yang mempengaruhi kejayaan aktiviti perniagaan Masjid WPKL iaitu kerjasama kepimpinan masjid, lokasi masjid di kawasan orang ramai, kemudahan akses serta faktor keluasan kawasan masjid. Akhir sekali, kajian ini mencadangkan Garis Panduan Pengurusan Kewangan Masjid dan Surau WPKL ditambah baik agar masjid-masjid dapat mempelbagaikan aktiviti perniagaan untuk menjana ekonomi masjid.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2020.
    Uncontrolled Keywords: Ekonomi masjid; Perniagaan; Penyata kewangan; Pengurusan masjid; Kepimpinan masjid
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 16 Dec 2021 03:03
    Last Modified: 17 Jan 2023 07:25
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12673

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item