Nor Syahira , Bohari (2004) Sistem sukatan pembelajaran prasekolah / Nor Syahira Bohari. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Sistem Sukatan Pelajaran Prasekolah adalah suatu sistem berasaskan web yang dibina untuk membolehkan pembelajaran prasekolah dijalankan secara online. Ia adalah bagi kegunaan para guru untuk menguruskan nota dan jadual pengajaran prasekolab mengikut Sukatan Pembelajaran Prasekolah yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dan ujian kemahiran yang disediakan dapat menjadi suatu panduan guru dan ibu bapa untuk mengukur tahap kemajuan kanak-kanak dalam kelas prasekolah. Ini kelak akan dapat membantu mengesan kecenderungan dan kelemahan mereka dalam satu-satu bidang dengan mudah. Janaan laporan dan pengumuman akan membolehkan ibu bapa dan guru berinteraksi secara tidak langsung. Oleb kerana sistem ini menggunakan pendekatan multimedia yang pelbagai, masalah kurang penumpuan dalam kelas yang lazim berlaku pada kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dalam kelas prasekolah akan dapat diatasi. Minat terhadap penggunaan komputer juga dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak dari awal sebagai persediaan mengdadapi alam persekolahan sebenar nanti. Dokumentasi ini akan menerangkan mengenai projek lebih mendalam dari segi teori dan praktikalnya. Pengenalan dan kajian literasi yang dilaksanakan serta penerangan kajian meogenai alatan pembangunan dan keperluan sistem juga disediakan. Akhir sekali, sistem ini dibarapkan membuka lembaran baru dalam pendidikan Malaysia dalam meniti era teknologi maklumat yang semakin mencabar dewasa ini.
Actions (For repository staff only : Login required)