Perbandingan terjemahan metafora antara Merpati Putih Terbang Lagi dan Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang / Nur Akmal Othman

Nur Akmal , Othman (2020) Perbandingan terjemahan metafora antara Merpati Putih Terbang Lagi dan Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang / Nur Akmal Othman. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (196Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (2168Kb) | Preview

      Abstract

      Metafora merupakan bahasa figuratif yang sering kali digunakan dalam karya-karya sastera. Penggunaan metafora menjadikan sesuatu karya itu sukar untuk diterjemahkan, sesuai dengan kenyataan Newmark (1981) yang menyatakan bahawa terjemahan metafora merupakan satu permasalahan utama dalam bidang penterjemahan. Sehubungan itu, analisis terjemahan metafora daripada bahasa Melayu (BM) ke bahasa Cina (BC) dalam karya Merpati Putih Terbang Lagi oleh Khadijah Hashim dan terjemahannya, iaitu Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang(让白鸽再次飞翔) akan dijalankan. Dalam kajian ini, pendekatan penterjemahan Newmark (1981) digunakan bagi meneliti strategi terjemahan metafora, manakala kerangka kajian Sakina Sahuri Suffian Sahuri (2000) pula digunakan bagi menentukan medan sumber metafora BM dan BC. Akhir sekali, perubahan medan sumber antara BM ke BC dikenal pasti. Berdasarkan analisis, strategi yang paling kerap digunakan ialah strategi terjemahan kepada pengertian semata-mata. Sebanyak 74% terjemahan metafora yang menggunakan imej yang lain mengalami perubahan medan sumber, iaitu apabila metafora daripada medan sumber manusia berubah kepada medan sumber alam dan sebaliknya, seterusnya perubahan juga berlaku apabila pecahan medan sumber tidak diterjemahkan ke dalam pecahan yang sama dalam teks sasaran.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Merpati Putih Terbang Lagi; Rang Bai Ge Zai Ci Fei Xiang; Metafora; Bahasa Melayu; Bahasa Cina
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 31 Jan 2022 02:44
      Last Modified: 31 Jan 2022 02:44
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12778

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item