Foo , Choon Fen (1994) Kebajikan wargatua: Satu kajian rumah-rumah orang tua di Kuching, Sarawak / Foo Choon Fen. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (14Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji wargatua dan Rumah-rumah Orang Tua di Kuching, Sarawak di mana dua buah Rumah Orang Tua telah dikaji iaitu Rumah Seri Kenangan di bawah kelolaan dan Rumah Orang Tua, Hun Nam Siang Tng di bawah pertubuhan sukarela telah dibuat satu perbandingan. Bab I menghuraikan pengenalan, objektif bidang, kepentingan, metodologi kajian dan masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan serta cara menyelesaikannya. Bab II pula membincangkan tentang istilah dalam disiplin gerontologi serta konsep-konsep penting dalam mengkaji wargatua dan Rumah Orang Tua. Contohnya konsep ketuaan, institusi kebajikan sosial dan sebagainya. Di samping itu, dasar kebajikan sosial ke atas wargatua serta perkhidmatan yang ada disediakan pada masa kini juga disentuh. Bab III meneliti senerio wargatua dan Rumah Orang Tua di Kuching, Sarawak. Di samping itu, organisasi dan struktur pentadbiran Rumah Orang Tua iaitu satu perbandingan antara Rumah Seri Kenangan dan Rumah Orang Tua, Hun Nam Siang Tng di Kuching, Sarawak akan dibuat. Antara aspek yang diperbandingkan ialah kedudukan dan latar belakang penubuhan, matlamat penubuhan, syarat-syarat kemasukan dan cara kemasukan wargatua, peraturan yang dikenakan ke atas penghuni, organisasi rumah, jumlah penghuni, sumber kewangan dan jenis perkhidmatan yang disediakan oleh dua buah rumah tersebut. Selain itu, masalah pentadbiran Rumah Orang Tua dan cara mengatasinya juga telah dikemukakan. Bab IV mengemukakan identifikasi latar belakang sosioekonomi responden di dua buah Rumah Orang Tua tersebut serta aspek kehidupan responden. Dalam bab ini, diterangkan bagaimana ahli responden dipilih dan latar belakang para responden termasuk pelajaran, pekerjaan, hubungan kekeluargaan, faktor-faktor kemasukan ke dalam Rumah dan sebagainya. Di samping itu, adaptasi dan pandangan responden terhadap corak hidup dalam Rumah Orang Tua, sikap terhadap kehidupan lalu dan usia tua, masa depan juga turut ditumpukan perhatian. Aspek-aspek lain yang penting yang turut. Ditekankan adalah masalah yang dihadapi oleh responden dan cara-cara mengatasinya. Bab V pula membincangkan kesimpulan yang telah dibuat oleh pengkaji dari hasil penyelidikan ini. Di samping itu, pengkaji juga telah memberi pendapat serta cadangan supaya isu berkenaan dengan wargatua dan Rumah Orang Tua seperti kebajikan wargatua harus diberi perhatian yang lebih pada masa kini dan akan datang.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993/1994. |
Uncontrolled Keywords: | Kebajikan wargatua; Rumah Oramg Tua; Keluarga; Kehidupan; Organisasi |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 09 Mar 2022 11:44 |
Last Modified: | 09 Mar 2022 11:44 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12954 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |